Posts

Showing posts from October, 2011

Segera pun ok..:)

Image
Alhamdulillah..licinnn

popsicle mama?

Image
Add caption nak?....

Panggil saja kak...:)

Minggu lepas 'ponteng' kelas. Apa kesannya? Baca tak lancar..hi hi. Bukan ponteng sengaja, tapi jaga baby yang tak sihat..Alasan? atau kebetulan? Betul memang baby semput. Ustaz menyambung ayat dari surah Al- Ghasyiyah.."Ye kak, di hujung sana..boleh baca". Aiseh man...duduk hujung rupanya malam ni..dah kena baca dulu..:) So bila bacaan agak lari, ustaz bertanya.." ahh hukum apa tu, macam mana baca nya." Itulah jadinya..belum lulus bab hukum-hukum, yang tau mat jais penyanyi. Now kena tau pasal ikhfaq, idgham, mad jais munfasil Tapi bila ustaz panggil.."Doc..baca" lagi cacau jadinya. Tu lah belajar ilmu 'dunia' bertahun, bersengkang mata, sampai nama yang pendek mak pak bagi, jadi panjang berjela. Segala title dan pangkat nak ikut sama. Bila bab mengaji, rasanya anak di rumah lagi tau dari diri sendiri..So please ustaz, panggil "kak" je lah ya. " Doc" tu dah tinggal kat rumah..hi hi

Tulisan dari Ustaz zaharudin.net

Kongsi ilmu dari ustaz zaharudin...Zaharudin.net...banyak sungguh mutiara ilmu Seluar Londeh & Pakaian Seksi Wanita : Suatu Hak Kebebasan Peribadi ? Oleh : Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/ Di dalam Islam hak berpakaian bukanlah hak milik bebas kita semua. Sebagai hamba Allah, kita perlu memahami hidup ini sentiasa diikat dengan pelbagai jenis hak antara satu sama lain. Hak terutama dan yang tertinggi ; adalah hak Allah SWT, samada suka atau tidak sesuatu hukum yang 'putus' seperti larangan Zina, Riba, tinggal solat, menutup aurat dan lain-lain adalah tidak boleh ditoleran oleh keadaan dan berubah mengikut peredaran zaman. Ia dinamakan hukum hakam yang bersifat 'muhkamat' atau 'Qatiyyat', tatkala itu, sebarang idea dan logik aqal manusia tidak boleh masuk campur dalam hal urusan hukum sebegini untuk mengubahnya menjadi harus dan halal. Mudahnya, ia disebutkan di dalam hadis ini :- فقال يا مُعَاذُ هل تَدْرِي حَقَّ اللَّهِ على عِ...

AZIZ BARI

Aziz Bari yang saya kenal adalah salah seorang tokoh yang bertungkus lumus menerangkan permasalahan murtad kes Lina Joy... Beliau seorang yang sayangkan Islam. Please..those in power..let the academician do their jobs..as intellectual s KENYATAAN PERSATUAN KAKITANGAN AKADEMIK IIUM Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (PKA UIAM) ingin menyatakan sokongannya terhadap Professor Abdul Aziz Bari di dalam menjalankan amanahnya sebagai seorang murabbi dan sarjana Perlembagaan Malaysia. Kami berasa terkilan atas campurtangan pihak luar ke atas sistem pendidikan di negara ini yang sepatutnya bebas dan bersifat professional. Tohmahan serta tekanan yang tidak berasaskan ilmu yang dilemparkan kepada Professor Abdul Aziz Bari hanya membuang masa dan merendahkan status negara di mata dunia. Professor Abdul Aziz Bari adalah seorang yang berwibawa dan berkelayakan untuk membuat kenyataan ilmiah dan rasional dalam bidang kepakaran beliau. Ini adalah seperti...

Semput.....

Minggu ni semput sikit..alah sekali sekala Tuhan uji kan. Maryam yang semput, tapi biasa lah bila baby semput mak yang kalut. As usual when she had URTI she tend to develop the wheezing, SOB. So sebagai mak yang prihatin..:) kita pun tidur tak lelap. Lecture pulak bertubi -tubi this week. Alhamdulillah after some paracetamol, antibiotics and of course nebuliser and inhaler, now maryam dah back to her self...walau pun tak 100%. Minggu ni jugak di kejutkan dengan pemergian 2 saudara hubby, anak saudara sepupu, a 20 yo, male, who had a motorbike accident in Lumut. Yesterday, hubby's uncle pulak meninggal. Dah tua dan uzur. Ajal maut..siapa yang boleh merancang? Apa yang berlaku hanya penyebab. But still as human being, we are affected by things that occur to us, our loved ones or the community.

Lynas

Pada hari khamis lepas kami berpeluang mendengar penerangan berkenaan Lynas dari orang kuat Lynas. Dato' Mashal, Khairul salleh (Chemical Engineer), Prof Ismail (UKM Radiation expert) dan seorang lagi, Mr. Raznin (hi najmi, dah balik Malaysia rupanya ye ;). Dr. Niza Occupational Health expert was the moderator. Kedatangan dari kalangan staff agak mengecewakan tetapi dewan hampir penuh dengan pelajar. Intipati yang dapat saya rumuskan: 1. From chemical industry point of view, kilang ni ibarat 'kilang kicap' je..alamak sampoinya. Maksudnya bukan lah kilang kimia yang 'complicated' sangat..yang orang ramai dok heboh tu 2. Why buat kat Gebeng? Purely economical. Ye lah orang nak tau apsal buat kat kuantan sedangkan rare earth tu datang dari Australia. Settle kan je lah kat sana. Sebab: banyak nak guna air mentah dan elektrik untuk proses, boleh jimat kaw-kaw (so untung pun kaw-kaw) kalau buat kat Gebeng 3. Ish nanti jadi cam Bukit Merah camner. Jawab: Kat Bukit Merah...

JB again

Image
Sabtu lepas ke JB lagi menghantar anak dara seorang nih. By the time sampai JB dah almost 11 pm. So we picked abang muaz and straight to Seri Malaysia, tempat melepak for the last 4 years...hi hi bila lah ayah nak sponsor hotel best skit..Alhamdulillah tu pun dah bagus, tak yah lepak masjid (even masjid pun bagus what). So pagi-pagi Ahad lepas breakfast kita just round-round ke Iskandar area. Mmmm memang area tu untuk orang-orang kayo. Cantik pemandangan di Puteri Harbour Smile... Muneer..forever cheeky Club house..cantik Bangunan di kawasan ini jugak menarik, with impressive architectural style. Cuma kawasannya masih lengang

jom berayam golek

Image
Sekali sekala menggolek ayam...;) Ayam Cili mesin bawang putih/ halia tumbuk sos tiram gula garam (kena make sure cukop if sikit sgt tawar tak berapa best) perisa kentang potong empat - sumbat dalam perut ayam, tak muat biar kat luar daun ketumbar (tak yah potong, letak je atas ayam and sumbat skit dalam perut bersama kentang) wrap dgn aluminum foil, bakar 200 C for 60 minute, then bukak wrap bakar bubuh madu atas ayam and bakar tanpa complete wrap 180 C for 30-40 min (ni oven saya lah) nasi beras basmathi basuh tos (air 1 cawan beras guna 1.5 cawan air) tomato sos garam (terkurang, tak berapa best) tumis bawang putih, kecil, halia dalam miyak sayur (sepatutnya guna ghee lagi best tapi takda)then masuk dalam nasi susu cair skit tomato 1 biji belah 4, masuk je masa masak dah kering letak kismis daun ketumbar hias dgn bawang goreng (rasanya kalau pakai air rebus daging ke, tulang ke, lagi kaw kaw) salad timun bawang besar tomato cili daun ketumbar garam g...

16th. today

Image
Anak sulong mama dah 16 tahun. Mama dah pos t-shirt faveret abang. Harap abang dah dapat and suka. Mama cuba buat kek (tapi of course adik-adik je yang dapat rasa). Mama try condensed milk oreo cheese cake. Mmmm masih boleh diperbaiki. Too sweet and tak cukop masam.

Kelas 3

" ustaz..boleh tak sapa yang tak lancar baca last?". Berderai semua orang ketawa. Akhirnya seorang akak veteren melepaskan soalan 'berbisa'. Ustaz pun tersenyum. "macam mana pendapat yang lain?" tanya ustaz. "saya takpa je".ustaz bertanya pada yang lain. Majoriti pakcik-pakcik tak minat. Takpa lah mengaji at random. makcik yang bertanya menambah " Orang macam saya, baca tak lancar, kalau dapat giliran akhir, dapat praktis lebih". Betul jugak tu. Tapi masih lucu...Lega, lega rasanya . Kurang rasa bersalah bila akhirnya ramai gang yang sama berkongsi perasaan. Bukan merendahkan bacaan yang lain. Tapi bila ayat quran tidak dibaca sepatutnya. Dengan baris yang tak menentu..berjaga-jaga lah. Bunyi yang keluar adakalanya boleh menggeletek perut. Ustaz jugak kelihatan sedikit kecewa. Mungkin selepas seminggu pakcik-pakcik sepatutnya lebih lancar. "baca sampai seratus kali pun takpa" tambah ustaz...hi hi mengajar ilmu pada yang dah vete...

lets zumba..

Yes finally managed to set my foot at Try my gym and joined the troop of zumba..I really enjoyed the session as there were only girls. Memang berpeluh sakan basah t shirt and tudung. So for those out there especially yang kat Indera mahkota ni, jom join kitorang berzumba dengan our expert Dr. ailin, Dr. Lita and Dr. Azian, all are certified zumba instructors. For just 1 hour you really sweat out..ha ha. Kalau rasa tak boleh ikut beat pun takpa..because at the end of the day memang berpeluh. It really surprised me because I thought I wont be able to walk straight this morning...ye lah dah lama tak exercise..alhamdulillah no muscle or joint pain as expected. For me this is an interesting session because instead of jog around the tasik or kayuh the tread mill (tapi tak sampai sampai destinasi...:)..we get to move all the joints and stretch our muscles while enjoying the beat..hi hi.

The first cucu of Hj Ku Zaifah & Hjh Jawahar

Image
Alhamdulillah, the first cucu of Tok Ku Zaifah & opah has graduated yesterday. The first is always 'the special'. Teringat lagi makteh, kakak terkedek-kedek masa kat rumah UM lama. Now dah graduate. Mak Teh doa agar kakak akan terus dilimpahkan rahmat kasih sayang dari Allah serta orang di sekeliling kakak. InsyaAllah many more Tok and Opah's cucus will follow..(especially alia & nubli). Cuma sekarang kita nak tengok sapa akan jadi Tok Ku Zaifah and Opah's cucu to naik pelamin..hi hi wink wink. jangan nubli potong trip semua orang sudah....:)

pancit?

Allah uji pagi ini dengan tayar pancit...ek eleh tayar pancit pun rasa diuji. betul lah tu sebab tak reti tukar tayar. alhamdulillah pancit pun tak jauh dari rumah. despite hubby takda, Allah hantarkan 3 orang hamba Allah yang willingly tukarkan tayar walau pun masing-masing dah segak nak ke tempat kerja. Semoga Allah limpahkan rahmat kasih sayang kepada anda dan keluarga. Bila tayar pancit..poket pun pancit. as usual cuma ingat itu bukan rezki kita dan rezki tokeh kedai tayar. alhamdullah PM ganti balik duit pancit dalam belanjawan. eh itu pun belum tentu lagi sebab bulan disember...moga Allah bagi kesempatan.

Jom kongsi blog ilmiah 2

Blog Kehidupan Ringkas Tapi signifikan by Prof. Muhd Kamil Ibrahim Sebelum pergi kelas mengaji di UIA saya agak sukar membayangkan bila Prof bercerita tentang ketidak upayaan beliau mengaji quran sehingga menjelang usia 40an. Tapi sekarang saya percaya. Dan saya merupakan regulars kepada blog beliau kini. Banyak manafaat terutama buat kita yang mahu berubah...Do read his blog...

Jom kongsi blog ilmiah

Artikel ini dari blog Peduli Ummah (Dr. zainurrashid Zainuddin, Pakar O & G IMU) Apabila umat, ulama’ dan umara’ sepakat untuk tidur…. Posted on October 2, 2011 by Dr. Zainur Rashid Di antara toleransi dan kesamarataan? Adakah kita umat yang beragenda? Sebagai perbandingan, Calvary Church setinggi 6 tingkat ini bakal menjadi kompleks gereja yang terbesar di Asia yang kini di dalam proses pembinaannya di Bukit Jalil. Pada tahun 1972 dulunya, Keahlian Calvary Church ini hanyalah seramai 120 orang tetapi kini telah menjangkau melebihi 7000+ahli di atas usaha gigih mereka. Dengan motto ‘PREACH’ yang diimani dan dilaksanakan secara terancng, maka hasilnya semakin terserlah pada hari ini. P-Preach the Gospel to ALL nations R-Research and publish materials on church leadership and missiology E-Encourage and train pastors, leaders and missionaries A-Assist churches in developing their missions program C-Conduct evangelistic rallies, missions and church growth conferenc...

Kelas 2

Alhamdulillah semalam sempat ke kelas 2. Rakan sekelas makin ramai. Dari anak teenagers kepada pensioners. Semalam berjaya menghabiskan 15 ayat surah Al Fajr. Kagum pada semangat pensioner. Rata rata yang wanita dan yang muda lebih lancar. Mungkin kesan penekanan mak ayah pada orang perempuan akan hal ehwal bab mengaji. Yang lelaki dan masa mudanya mungkin tidak berasa keperluan kepada mengaji al quran dengan betul. Bila dah berumur kelancaran terganggu dek kurangnya akuiti deria, mata dah tak berapa nampak, huruf jadi tak jelas. Telinga tak berapa dengar, jadi bila kawan baca pun kurang kedengaran. Alertness pun mungkin dah tinggal balance. Takpa, selagi ada nafas, selagi tu lah boleh berusaha. Harap semua rakan sekelas dan empunya diri juga akan kekal dalam kelas pengajian ini. Walau pun belum sampai ke tahap tajwid tapi ustaz bermurah hati berkongsi ilmu. Ustaz menerangkan tentang 6 hukum 1. izhar Halqi - alif/hamzah, ghin, ha (pedas), kho, 'ain, ha 2. izhar mutlag 3. idgha...