Thursday, October 6, 2011

Jom kongsi blog ilmiah

Artikel ini dari blog Peduli Ummah (Dr. zainurrashid Zainuddin, Pakar O & G IMU)


Apabila umat, ulama’ dan umara’ sepakat untuk tidur….
Posted on October 2, 2011 by Dr. Zainur Rashid

Di antara toleransi dan kesamarataan?

Adakah kita umat yang beragenda?

Sebagai perbandingan, Calvary Church setinggi 6 tingkat ini bakal menjadi kompleks gereja yang terbesar di Asia yang kini di dalam proses pembinaannya di Bukit Jalil.

Pada tahun 1972 dulunya, Keahlian Calvary Church ini hanyalah seramai 120 orang tetapi kini telah menjangkau melebihi 7000+ahli di atas usaha gigih mereka.

Dengan motto ‘PREACH’ yang diimani dan dilaksanakan secara terancng, maka hasilnya semakin terserlah pada hari ini.

P-Preach the Gospel to ALL nations
R-Research and publish materials on church leadership and missiology
E-Encourage and train pastors, leaders and missionaries
A-Assist churches in developing their missions program
C-Conduct evangelistic rallies, missions and church growth conferences
H-Help coordinate relief projects for humanitarian needs globally

Sudah menjadi sunnah alam bahawa hasil dan kejayaan hanya akan datang dengan usaha dan pengorbanan. Maka perkembangan ini tidaklah begitu mengejutkan sangat.

Janganlah umat Islam menuding jari kepada mereka yang lain dengan berlakunya banyak kebocoran, keciciran dan kemurtadan di kalangan umat Islam tetapi tanyakanlah kepada diri kita sendiri tentang sumbangan kita kepada Islam yang diimani ini.

Toleransi agama bukan bererti bahawa semua agama itu sama taraf dan destinasinya (kesetaraan atau equality) sebagaimana yang diperjuangkan oleh pendokong pluraisme agama dan agenda kristianisasi global harus didepani dengan teliti secara bersama-sama.

Sikap mengkritik dan menyalak kepada orang luar tidak lain dan tidak bukan, hanyalah semakin melondehkan kelemahan diri umat Islam sendiri.

Para pemimpin samada dari BN & PR, para alim-ulama, pemimpin NGO dan umat Islam yang prihatin dengan harga aqidah umatnya mesti terus bekerja bersungguh-sungguh untuk mempastikan agenda Islam terus diperjuangkan.

No comments:

lb3f.lilypie.com/TikiBlogger.php/3Ta5