Tuesday, October 11, 2011

Kelas 3

" ustaz..boleh tak sapa yang tak lancar baca last?". Berderai semua orang ketawa. Akhirnya seorang akak veteren melepaskan soalan 'berbisa'. Ustaz pun tersenyum. "macam mana pendapat yang lain?" tanya ustaz. "saya takpa je".ustaz bertanya pada yang lain. Majoriti pakcik-pakcik tak minat. Takpa lah mengaji at random. makcik yang bertanya menambah " Orang macam saya, baca tak lancar, kalau dapat giliran akhir, dapat praktis lebih". Betul jugak tu. Tapi masih lucu...Lega, lega rasanya . Kurang rasa bersalah bila akhirnya ramai gang yang sama berkongsi perasaan. Bukan merendahkan bacaan yang lain. Tapi bila ayat quran tidak dibaca sepatutnya. Dengan baris yang tak menentu..berjaga-jaga lah. Bunyi yang keluar adakalanya boleh menggeletek perut. Ustaz jugak kelihatan sedikit kecewa. Mungkin selepas seminggu pakcik-pakcik sepatutnya lebih lancar. "baca sampai seratus kali pun takpa" tambah ustaz...hi hi mengajar ilmu pada yang dah veteren, begitulah. Kalau tak betul-betul takut ada yang tak datang dah...Cabaran..

No comments:

lb3f.lilypie.com/TikiBlogger.php/3Ta5