Sunday, February 21, 2021

SPM

 Hari ini SPM bermula. Alhamdulillah telah 4 kali melalui pengalaman anak SPM. Syukur Allah mudahkan urusan mereka. SPM membuka ruang dan peluang ramai anak anak yang bercita cita besar. Yang mahu menzahirkan cita cita dan angan angan. Walaupun kita pasti mahu anak anak lulus cemerlang, jika mereka telah usahakan yang terbaik, maka terimalah apa jua yang tercapai dek anak anak. Setiap mereka telah ada rezeki sebagaimana kita direzkikan oleh Allah. Sokongan kita perlu selagi kita ada di muka bumi Allah ini. Ujian hidup bukan sekadar peperiksaan namun boleh datang dalam berbagai bentuk. Yang pasti hidup mahu tenang tenang. Maka usahalah sebaik mungkin dan redha dengan hasilnya. 

No comments:

lb3f.lilypie.com/TikiBlogger.php/3Ta5