Wednesday, December 31, 2014

Dec 2014

Went to Kuching with the family but abang muaz did not get to be with us. 

Hari ujian ke MTTAAP. InsyaAllah abang muneer ada 3 tahun untuk mendalami dan menghafaz Al Quran. Alhamdulillah kemudahan yang Allah bagi setelah mama dan ayah jenuh memikirkan ke mana halatuju abang muneer. Moga abang muneer menghargai peluang besar di MTTAAP. 


Reunion 20 years MATES2. Seronok berjumpa sahabat seperjuangan yang ramai telah menjadi pakar di bidang masing masing atau punya bisnes klinik sendiri yang berjaya

Banjir besar....2014
Mama tak keruan mengenangkan abang muneer di Pekan untuk simulasi tahfiz selama 10 hari sedang mama jauh di KL nak hantar kakak

29 Disember..kakak memulakan kehidupan baru di DQ KKB. Ibarat dapat sebungkal emas bila mama tahu kakak terpilih. 3000 permohonan dari seluruh Malaysia, akhirnya 130 yang dijemput Allah menjadi warga Darul Quran. Usaha sama DQ  Jakim dan IIUM. Selepas 18 bulan insyaAllah ke pusat asasi IIUM. Moga kakak sabar dan tabah dalam usaha menghafaz quran. Allah permudahkan perjalanan hidup anakku ini.

Abang muneer menamatkan sekolah rendah. Bersama seorang sahabat..Ali...brilliant boy. Best ever moment when mama was informed that abang muneer is accepted as one of MTTAAP 


Sempat tengok cucu saudara pertama Aman..dan tengok rumah mak lang cantik just renovated

Tahun 2015. InsyaAllah masih ada peneman di rumah.  Moga Allah permudahkan urusan kita semua. Moga kita jadi lebih baik dari dahulu.

2 comments:

Al-Manar said...

Saya susah hendak faham kalau digunakan singkata tanpa diseta penjelasan. Umpamanya Saya tak faham apaitutu MTTAAP, DQKKB. Maaf kerana kebebalan saya.

Anonymous said...

Salam Pakcik, MTTAAP ni ialah Maahad Tahfiz Tengku Ampuan Afzan Pekan. Sekolah ni kecil sahaja dekat tengah Bandar Pekan, wakaf dari Sultan Pahang. Sekolah ni ambil muris setiap 3 tahun seramai 25 orang sahaja sebab guna bangunan lama yang kecil. pelajar akan ikuti kelas tahfiz Al Quran dan akademik dalam bentuk tuition.

DQKKB adalah Darul Quran Kuala Kubu Baru. darul Quran dengan kerjasama Jakim dan UIA mengambil pelajar selepas SPM berdasarkan keputusan percubaan. Pelajar akan mengikuti kelas tahfiz selama 18 bulan sebelum meneruskan penganjian asasi di bawah kelolaan UIA dan seterusnya buat first degree di UIA. Kursus di peringkat Universiti akan dibuat berdasarkan keputusan SPM sebenar dan pencapaian di asasi.

lb3f.lilypie.com/TikiBlogger.php/3Ta5