Kami berangkat ke Arafah pada 8 Zulhijjah bersamaan hari Ahad 13 Oktober 2013. kami telah diberi taklimat sebelum bergerak ke sana oleh pegawai tabung haji bertugas. Alhamdulillah khemah kami terletak bersebelahan padang. Perjalanan kami dipermudahkan. Oleh kerana kuota haji dikurangkan maka masalah tandas kurang dirasai sepanjang di sana.
Pelan khemah di Arafah
Masih merindui suasana tenang Arafah bermula gelincir mata hari hingga maghrib...Saat saat akhir menjelang maghrib sungguh sayu...Buat sahabat-sahabat yang bakal ke sana, jangan sia-siakan masa emas ini dengan berbual kosong...Kita tdak pasti sama ada berpeluang lagi merayu kepada Allah di padang Arafah ini...
Menunggu giliran ke Muzdalifah
Selamat tinggal bumi Arafah
Suasana di Muzdalifah
Alhamdulillah, selesai melontar jamrah kubro 10 Zulhijjah, kami berenam menuju ke Mekah untuk menyiapkan tawaf ifadah dan sebelum maghrib pulang semula ke Mina. Suasana lengang di terowong Muassin menjelang petang
Mina
Kemudahan walkalator memudahkan bagi mereka yang uzur dan juga yang 'malas'..:) Alhamdulillah
Suasana khemah di Mina..ruang sebesar lahad untuk setiap orang. Syukur Alhamdulillah Allah permudahkan. Kami melakukan nafar thani
We had abundance of food in Mina and good friends
Pastikan anda memakai tag nama ke mana-mana supaya mudah mencari jalan pulang..:)
'the treat', ais krim 2 riyal yang sedap, selepas melontar jangan lupa beli
Sila-sila..jangan malu-malu buatlah macam rumah sendiri..
Suasana di Mina yang sibuk dengan penjual. Beg kuning yang disandang adalah 'trademark' bagi Jemaah muasasah Malaysia tahun ini.
No comments:
Post a Comment