Sunday, July 28, 2013

Salasilah oleh IZHAM KU ZAIFAH

 
 
 
 
Tok/Moyang Tun Mohd Edham Bin Tun Mohamad Aleh Bin Kanda Alang Rastam Bin Kanda Itam Said Bin Kanda Adam Bin Seri Maharaja Lela Daeng Tok Tongkat Bin Tok Haji Besar Daeng Selili Pajang Luwu' Mufti Perak yang pertama.

Arwah Tok/Moyang lahir... tahun 1879/80 di Kota Lama Kiri,bersekolah di King Edward Taiping (sekolah Inggeris).Antara anak jati Kota Lama Kiri yang terawal mendapat pendidikan yang moden.Sahabat baik kepada Sultan Sir Iskandar Sultan Perak ke 30.

Pernah bertugas sebagai SO(settlement officer)di Pejabat Tanah Kinta di Batu Gajah pada tahun 1900-1920'an tetapi bersara awal kerana tidak bersetuju dengan tindakan pegawai atasan British yang suka menekan orang melayu.

Meninggal dunia pada pukul 11 pagi Isnin 1 Januari 1945 kerana demam 3 hari/sakit tua ketika berumur 65/66 tahun.
See More
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tok/Moyang/Tok Nek Aishah Bt Hj Harun Bin Hj Din@Mohd Zin Bin Ibrahim.Lahir di Titi Gajah Alor Setar Kedah pada 30 Rejab 1321 Hijrah(1900/01/02).Anak kedua dari 16 adik beradik (6 ibu) kepada TUAN GURU Hj Harun Bin Hj Din@Mohd Zin Bin Ibrah...im.Emaknya bernama Rokiah Bt Hj Yahya berasal dari Hutan Kampung,Alor Setar.

Berkahwin kali pertama pada tahun 1914/15 dengan Hj Osman(berasal dari Changlun) dan menetap disana.Mendapat 2 orang anak,Ibrahim dan Kalsom tetapi kedua-duanya mati ketika kecil/lahir.Berpisah dengan Hj Osman pada tahun 1924 dan terus berpindah ke Kuala Kangsar mengikut ayahnya Hj Harun yang sedang menyiapkan Istana Mercu di Bukit Mercu Kuala Kangsar.Selain dari bertukang,Hj Harun juga menjadi guru agama dan mengajar di masjid-masjid sekitar Kuala Kangsar selama 9 tahun sebelum berpindah balik ke Titi Gajah Alor Setar pada 8 Julai 1932.

Emak Tok/Tok Nek Rokiah Bt Hj Yahya juga seorang yang warak dan pandai dalam ilmu Al-Qur'an.Semasa keluarga mereka menetap di Kuala Kangsar pada tahun 20'an,DYMM Raja Perempuan Perak,Almarhum Raja Perempuan Kalsom(isteri Sultan Sir Iskandar)telah melantik Tok Nek Rokiah sebagai guru qur'annya,dan bebas masuk ke Istana.Sultan Sir Iskandar seorang Sultan yang warak dan suka berdamping dengan orang alim ulama,tidak hairanlah apabila nenek moyang kita rapat dengan Istana.

Tok/Tok Nek mempunyai seorang abang Hj Ahmad(Muhammad),adik bernama Fatimah,Ibrahim dan 2 orang lagi(tak ingat nama) seibu sebapa.

Berkahwin dengan Tok/Moyang Tun Mohd Edham pada tahun 1925 di Kampung Simpang Penaga Kota Lama Kiri.Mendapat 9 orang cahayamata-

1)(Tun) Mohd Ali 1926-1947
2)(Tun)Hamidah 1930(mati ketika lahir)
3)(Tun) Mariam 1933
4)(Tun) Ku Zaifah 29.10.1935-6.9.1994
5)(Tun) Ahmad Sidiki 14.10.1937-15.6.2008
6)(Tun) Hawa 25.11.1939
7)(Tun) Yusuf 1940(mati kecil)
8)(Tun) Yunus 1942(mati kecil)
9)(Tun) Asiah 13.5.1945

Meninggal dunia pada hari Jumaat semasa azan Subuh 17 Mei 1996 di Hospital Kuala Lumpur dalam usia 95/96 tahun dan dikebumikan di kubur besar Kota Lama Kiri...Wallahhu A'lam.
See More

3 comments:

Al-Manar said...

I am sorry to say that I do not understand the connection between these people and what they mean to you. Ate you connected to them? I may have missed the background to this biography

NBK said...

Salam Pakcik. I actually took this piece of writing from my youngest brother's FB wall. He does not have a blog. The man in the picture is my arwah tok whom i ve never me. He owned a book with the salasilah keluarga..i think he actually wrote the salasilah keluarga..all written in jawi. This younger brother of mine is the only one i would say among us who is really interested in this and make the effort to meet and find our relatives whom i personally has never meet.I ve heard about this Daeng Selili...but i never know that he was an important person during his time. And when i read others writing and in the wikipedia its like a jigsaw puzzle..starting to make into a real piece of story. Indeed..he had carved his name in the history and as one of his great-great(many times)cucu i m proud of his achievement. Though i think none of us get to be great warrior like him...in syaa Allah we ll try to be the among the best in whatever field we choose and of course examplery muslim :)

Al-Manar said...

NBK,

My wife's side seems to talk about some relatives with Daeng name. Would you care to email me so that I can get some personal information across?What is your brotherv doing? almanar@pd.jaring.my

lb3f.lilypie.com/TikiBlogger.php/3Ta5