Monday, July 29, 2013

salasilah. dari FB keturunan daeng selili

Saya 'copy paste' dari FB Keturunan daeng selili....


Daeng Selili dengan Raja TengahSemasa Daeng Selili berada di Perak dan berkhidmat dengan Sultan Perak, mengenang jasanya Sultan Perak mengawinikan DS dengan adiknya Raja Tengah. Mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Daeng Abdullah dengan gelaran Tok Anjang, Daeng Osman dengan gelaran Seri Maharaja, Daeng Mohammad Kader @ Daeng Mat Tara dengan gelaran Tok Tongkat dan yang akhirnya Daeng Nurjilisan (perempuan)Daeng Tok Anjang dikurniakan seorang anak bernama Daeng Sura ialah bapa kepada Imam Kolah merupakan darah keturunan waris teras penulis. Anak Imam Kolah anaknya Haji Latif, cucunya Haji Latif Abas merupakan ayah penulis (Pakdenoran)Manaka Daeng Osman atau Tok Seri Maharaja Lela merupakan orang kuat Istana sampai beberapa keturanan menjadi Temenggong dan Penghulu Mukim di daerah Kuala Kangsar. Tok Maharaja Lela berkahwin dengan Toh Kemala Dewi dikurniakan lapan orang anak iaitu Long Loya bersuamikan Bendahara Peduka Raja dengan bermulanya keturan Megat dengan pertama Megat Kassim dan Megat Metaha, Anak kedua Maharaja Lela kedua Ngah Manan, ketiga Alang Maimunah, keempat Andak Radiah, kelima lelaki Anjang Sari, keenam Uda Tahir, ketujuh Busu dan yang bungsu kelapan Nuteh bersuamikan Raja Muda Chulan.Anak Daeng Selili seterusnya Daeng Nur Jalisan bersuamikan Tok Pandak dikurniakan dua orang anak iatu Dol Fatah dan Imam Muhamad.Seterusnya anak Daeng Selili ialah Daeng Muhamad Tara @ Daeng Muhamad Kader lebih dikenali dengan Tok Tongkat. Daeng Mat Tara dengan pangkat Tok Maharaja Lela beristerikan Bidan Jalibah dikuniakan beberapa orang anak antaranya Abdul Razak, Nursatin, Kanda Adam, Busu Manjang dan Khatib Manjang.

No comments:

lb3f.lilypie.com/TikiBlogger.php/3Ta5