Monday, July 29, 2013

daeng selili in wikipedia

Mmmmm..its getting more interesting...


Daeng Selili

Orang Kaya-Kaya Maharaja Lela Tan Lela Putera Panchong Tak Bertanya merupakan seorang putera Raja dari Bugis Melangkae, Sulawesi) yang datang ke negeriPerak pada zaman pemerintahan Sultan Mudzaffar Shah III (1728-1752).Nama Daeng Selili adalah bermakna saudara di daerah Selili, Samarinda, Kalimantan Timur. Maka dari situlah gelaran Daeng Selili diperolehi, ini beerti itu bukanlah nama sebenar beliau, Ia adalah panggilan mesra di kalangan anak-anak kapal beliau. Identiti yang sebenar amat dirahsiakan kerana beliau merupakan musuh yang paling dikehendaki dan menjadi buruan utama Belanda kerana kerosakan maksimum yang dialami oleh kapal-kapal perang dan dagang mereka hingga dilabel sebagai lanun. Ini terbukti berdasarkan propaganda itu amat berpengaruh hinggakan orang awam di zaman itu dan hingga kini yang tidak berkaitan pun turut sama menggelar bugis sebagai lanun .[perlu rujukan] Strategi ini penting bagi mengelakkan ancaman pembunuh upahan belanda/Inggeris.Beliau adalah dari suku Buqis Jong (Bugis Kapal), yang mewarisi kerja-kerja berdagang dan pelayaran jauh dari keturunan Ratu Balqis dan Raja Sulaiman . Manakala ayahnya La Mata Esso Arung Peneki bin Sangkuru Mulajajie Arung Peneki Mula Sellengnge Arung Matoa Wajo XII ( 1607-1610 ). Ibunya, Tenri Angka Arung Singkang atau lebih dikenali Ratu Sedinding binti La Pettawareq Matindro ri Luwuk (Sultan Muhammad Wali Muzahir Ad-din) bin La Madusila Matinro ri Soppeng, mereka telah menjalankan aktiviti perdagangan tradisi diraja secara besar-besaran khususnya untuk komoditi rempah-ratus, kemian, alat ketukangan besi dan lain-lain. Hubungan perdagangan tradisi dan purba ini adalah di antara Hadramaut di Yaman sehingga ke Melangkae,Sulawesi.Maka disebabkan itu, tidak hairanlah Daeng Selili dan bangsanya mempunyai kemahiran navigasi maritim yang tinggi berbanding dengan suku tana Ugi yang lain. Malahan angkatan armada laut beliau turut mendapat kepercayaan atau bantuan oleh Sultan Kerajaan Turki Uthmaniyyah bagi mengawal ancaman lanun-lanunBelanda, Portugis dan Inggeris khususnya di laluan perdagangan laut India, Nusantara dan Laut Champa atau dikenali sekarang sebagai Laut China Selatan.

Keluarga di Perak

Pada tahun 1743, beliau yang juga bergelar Haji Besaroleh kerana serbannya putih dan besar yang mengikut gaya Panglima perang Uthmaniyyah Turki, berjaya menghapuskan lanun di Pulau Sembilan dan menyerahkannya kepada Sultan Mudzaffar Shah III.(1728-1952) [[1]]. Beliau diiringi bersama dengan anaknya yang bernama Petta Torawi dan Petta Tosiangka bersama armada Jong-jong yang banyak dan besar.Beliau kemudiannya dikahwinkan dengan adinda baginda yang bernama Raja Tengah(Raja Su binti Almarhum Raja Mansur) dan dikurniakan 4 orang anak.1. Habib Muhammad Abdullah digelar juga Tok Senggang atau Tok Anggang. Pembuka Kampung Senggang, Kuala Kangsar.2. Muhammad Utsman dengan gelaran Seri Maharaja, keturunan mereka inilah meneruskan pangkat Dato Sri Maharaja Lela.3. Muhammad Abdul Qadir dikenali juga sebagai Daeng Mat Tara dengan gelaran Tok Tongkat dua kepala naga.4. Nur Zurizan (perempuan) atau dikenali juga Nurjilisan atau dikenali juga sebagai Opah Bakul atau Tok Bakul.Anak-Anak hasil perkahwinan isteri ke empat Daing Selili iaitu Raja Tengah(Raja Su binti Almarhum Raja Mansur) tidak ramai kerana beliau seorang pahlawan atas Jong yang kerap berlayar melawan penjajah di sekitar perairan di Nusantara. Beliau menggunakan banyak nama dan gelaran bagi mengelakkan zuriat dan keluarganya dari dikesan dan diancam.Beliau dilantik menjadi Mufti Perak. Kemudian beliau dilantik menjadi orang besar Perak dengan gelaran Orang Kaya-Kaya Maharaja Lela Tan Lela Putera Panchong Tak Bertanya.Keturunannya yang menetap lama di Perak, maka telah berlakunya asimilasi dengan masyarakat Melayu Peraksehingga budaya, bahasa dan tulisan suku Bugis Jong tidak dikenali lagi melainkan sekadar pengakuan/sejarah lisan. Namun begitu, semenjak pembunuhan residen British pertama Perak J.W.W. Birch (James Wheeler Woodford Birch) oleh keturunan beliau iaitu Dato Maharaja Lela. Semua rekod bertulis tulisan bugis dan segala peralatan kebesaran dihapuskan begitu sahaja.Makam beliau telah digazet pada 21 Februari 1980 dengan nombor gazet P.U. (A) 45 Daerah Kuala Kangsar, Mukim Sayong, Lot No. 1803.

No comments:

lb3f.lilypie.com/TikiBlogger.php/3Ta5