Sunday, February 3, 2013

ibarat menangkis bola yang beribu...

Itulah ibaratnya, rasanya nak membesarkan anak-anak. Bermula dari mencari jodoh, menikah, mendapat anak...anak kecil, mencari sekolah yang rasanya paling mengarah kepada quran dan rasul. Di rumah dipupuk, dibelai, dijaga..diingatkan solatnya dari kecil belum mumayyiz, diajarkan iqra', diajarkan quran, diceritakan tentang Allah, rasul, tentang nabi. Guru disekolah bercerita tentang kebesaran Allah, tentang Islam, tentang perjuangan di Palestin. Qiam, Mukhayyam, usrah. Ingatan ibubapa untuk mendirikan solat, menjaga pergaulan, melazimi al-quran, mathurat.. Bercerita  tentang cabaran diluar, banyaknya hiburan hedonisme di internet, di komputer. Punca maksiat banyak diluar sana, di alam maya.

Tak mungkin dapat kita ikat tangan anak-anak. Tak mungkin kita mau menunggu di sisi anak sepanjang masa. Jadi kita mengharap ada bantuan dari luar. Dari saudara mara, dari jiran, dari ahli masyarakat, dari guru, dari penguasa dan dari pemegang tampuk pemerintahan. Kita tak boleh nak kawal benda dari luar Negara, di internet. Kita pun tak boleh kawal apa yang masuk ke dalam Negara...tapi pihak yang berkuasa boleh..boleh bantu, boleh bagi kesedaran, boleh bagi sokongan..Boleh, sangat boleh.

Kesedaran masyarakat terhadap Islam sangat tinggi akhir-akhir ini. Permohonan ke sekolah agama sangat kompetitif. kalau dulu MRSM hanya sejenis, sekarang MRSM ulul albab yang menekankan hafazan quran sudah ada. Yang memohonnya beratus mungkin beribu. Kalau dulu hanya sekolah agama kerajaan. Sekarang sudah ada kelas aliran agama. Tak mungkin ada kalau bukan atas permintaan ibubapa yang makin sedar. Sekolah agama rakyat, SABK, SMKA..bukan calang-calang yang memohon. Sekolah imtiaz dan yang lain. Semua ini terhasil kerana permintaan yang semakin tinggi dari ibubapa yang sedar bahawa tujuan hidup yang sebenar lebih jauh, nun selepas mati, bukan sekadar dapat pergi ke kolej, ke universiti, dapat makan gaji, kerja swasta atau bukak bisnes. Bukan setakat kahwin, dapat anak-cucu-cicit..Bukan lagi...

Sebab itu stadium kuantan minggu lalau penuh sebab nak dengar ceramah ustaz..beribu yang hadir..Ustaz makin bercambah. Artis yang dulu lagho sekarang dah lebih baik dan lebih banyak amal dan dakwah nya dari diri kita sendiri. Program TV yang jadi santapan rohani turut bercambah...Tapi harapan, kesedaran masyarakat ini kadang-kadang seperti tak terpalit pada orang-orang dipuncak sana. Kerisauan ayah ibu terhadap bencana hiburan berlebihan, idola idola hedonisme ini seolah olah tidak mengesan pada yang berada di tampuk kuasa..Sekejap-sekejap nampak ke arah positif..Sekejap lagi dah menyenget ke arah hedonisme. Kalau mak ayah yang dah umur 40an ke atas ni pun pening bagai mana pula anak remaja. Di manakan garis pemisah antara yang hak dan yang batil. yang mana pemisah antara yang OK dan KO. Di rumah mak ayah berbuih mulut nasihat, tapi di luar sana pemimpin besar kata OK. OK nak nari kuda ke, nak terkinja-kinja ke. OK untuk lihat wanita di pentas memperaga kehebatan bakat dan sebagainya. Ohhh puhhhhlease...stop all these mixed messages. Lately when these things hanging over my mind, i remember the laukana bainana program, the song...I feel like asking our beloved prophet about all the things....Moga anak-anak ku dan juga anak-anak muslim yang ramai di luar sana dapat menangkis beribu bola yang datang..


Apa kebaikan membawa beliau masuk ke sini?
Adakah penganjur pasti tidak ada anak-anak melayu muslim yang juga akan tergedik-gedik mau melihat si penyanyi secara lives?
 
Muslim or non-muslim..
Kebaikan apakah yang akan tercerna?
menambahkan semangat 1 malaysia
meningkatkan jati diri
menambahkan sifat sayang kepada budaya kita
meningkatkan tahap moral anak-anak muda?
menguatkan semangat kita unutuk memperbaiki ekonomi negara?
menghasilkan para pelajar yang tekun dalam pelajaran?
menghasilkan anak muda celik minda?
 
 
Tepuk dada, Tanya iman..
..............................
 
 


No comments:

lb3f.lilypie.com/TikiBlogger.php/3Ta5