Thursday, February 28, 2013

'Fluorochemicals' dalam pembungkus makanan..

2013 Jan 1;266(1):132-42. doi: 10.1016/j.taap.2012.10.022. Epub 2012 Nov 7. Fluorochemicals used in food packaging inhibit male sex hormone synthesis. Rosenmai AK, Nielsen FK, Pedersen M, Hadrup N, Trier X, Christensen JH, Vinggaard AM. Source
Division of Toxicology & Risk Assessment, National Food Institute, Technical University of Denmark, DK-2860 Søborg, Denmark. akjro@food.dtu.dk
 
Sebelum ini kita dikejutkan dengan kesan BPA termasuklah pada botol susu bayi. Kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik luar negara mendapati kehadiran bahan meragukan pada pembungkus makanan. Bahan 'fluorochemicals' ini boleh melarut ke dalam makanan dan masuk dalam sistem tubuh badan manusia. Bahan ini digunakan kerana ia boleh menghasilkan pembalut atau pembungkus makanan yang tak telap air atau minyak. Hasil kajian in vitro mendapati ia meningkatkan hormon wanita 'estrogen' dan menurunkan hormon androgen yang membentuk ciri-ciri lelaki dalam individu. Kajian in vitro mungkin tidak dapat secara tepat menjawab soalan berbentuk 'cause-effects' dalam manusia. Adakah ia menyumbang kepada peningkatan pasangan yang sukar mendapat anak? Atau peningkatan 'lelaki lembut'??? Mungkin selepas ini kita perlu memikirkan bukan sekadar kesan buruk 'burger' yang kita makan, tapi juga kesan pembungkus burger tersebut..juga makanan dalam bungkusan yang lain..mee goreng mamak? nasi lemak?...Makin sukar nampaknya kehidupan masyarakat akan datang...:(

No comments:

lb3f.lilypie.com/TikiBlogger.php/3Ta5