Saturday, February 2, 2013

al kisahnya..

Ya Allah..kita ni banyak betul merancangnya. Sebenarnya petang tadi beg dah bersusun tepi dinding nak ke KL. DH dah beberapa hari memaklumkan akan ke KL minggu ni. Dalam kepala berbolak-balik. Rasanya lama dah tak turun KL. Dek kerana anak-anak kite boleh tahan ramai dengan pelbagai aktiviti tersendiri banyak yang perlu ditimbang tara bila nak bergerak jauh dari rumah ni. Abg muneer ada kelab memanah di Irsyad esok. Abang Muaz pulak ada sesi memandu untuk dapat lesen. Kakak-kakak pulak nak balik weekend. Beberapa perkara dapat diselesaikan hari ini..kakak semua dah balik rumah dan selamat pulang ke asrama. Abang Muaz pulak dapat peluang kelas memandu pukul 2 petang tadi. Mama n ayah sepatutnya dah settle KH petang tadi. Cadangnya lepas hantar kakak semua nak meluncur laju lah ke KL sekitar maghrib...Allah maha kuasa, hati yang berbolak balik decide tak jadi nak ikut DH ke KL... Makanya DH tak jadi berangkat awal ke KL..cadangnya subuh nanti bertolak lah dia ke KL..

Tup tup sms masuk dari sahabat mengatakan meeting dibatalkan last minute atas sebab yang tak dapat dielakkan..Allah..besarnya bantuan Allah. Syukur ya amat...perjalanan yang tertunda. Rupanya Allah dah tentukan yang lain. Sudahnya DH dan anak-anak bersama-sama ramai yang lain menuju ke stadium mendengar ceramah ustaz yang glamer.. UAI..Insya Allah dapat lah ke KH2 esok di masjid negeri...

"Jangan Ya Allah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri;walau sekelip mata atau kadar masa yang lebih mudah dan cepat."

p/s Tersenyum baca mesej anak sedara: " Makteh tak turun KL"...;)

No comments:

lb3f.lilypie.com/TikiBlogger.php/3Ta5