Sunday, November 4, 2012

Menjelang SPM 2012..Harapan dan doa

Perjalanan ke JB pagi semalam ditemani hujan hampir sepanjang jalan. Ayah sekadar mampu memandu sehingga Rompin sebelum mama took over..Ayah dah ngantuk. Kak munirah tak dapat bersama ke JB kerana pelajar Al-Maarif tidak boleh pulang ke rumah minggu ini. Cukuplah brownie dan 4 bungkusan makanan yang mama bawa buat ganti. Ayah sempat meluangkan sedikit masa menjenguk pesakit kancer esophagus yang dirawatnya. Guru berusia sekitar 50an itu mengidap kanser esophagus tahap teruk yang tidak boleh dibedah lagi....Sekitar jam 5 mama n the troop sampai ke JB setelah singgah di Mersing seketika. Hujan lebat menyambut gang Kuantan di Kempas. Sukanya hati dapat bertemu dengan anak-anak. Kakak dah habis periksa, abang masih belum memulakan perjuangan...Dalam hujan lebat kereta lancar menuju Seri Malaysia JB..Dah 5 tahun berulang ke hotel yang sama..Selepas check in, pi makan nasi ayam dan beriani yang sangat sedap berhampiran stesen bas larkin...Mama beli sebungkus lebih kerana tahu pasti ada yang lapar malamnya...Masing-masing melayan diri sendiri dan mama sempat berbincang beberapa soalan BM dengan abang..Alhamdulillah dapat suboh  berjemaah bersama-sama pagi tadi, ber'al-mathurat' bersama-sama, dan bertadarus surah Luqman bersama-sama....Takada apa lagi yang dapat mama dan ayah lakukan buat anak-anak selain doa..Di hadapan abang, mama zahirkan doa mama dengan air mata yang tak dapat di tahan.."Ya Allah..ampunkan lah anakku Muaz, permudahkan lah urusan peperiksaannya, Berikan lah kesihatan kepadanye, kefasihan, kelancaran dalam menjawab soalan SPMnya, Ya Allah moga anakku Ahmad Muaz beroleh kejayaan cemerlang setimpal dengan usahanya, dan Moga dengan kejayaan itu beliau menjadi anak yang soleh, hamba mu yang berguna buat dirinya, agamanya dan masyarakat..Begitu juga dengan saudaranya dan sahabatnya..Begitulah anak-anak semua. Tiada apa yang dapat ibu-bapa berikan lagi setelah segala usaha untuk memberikan pendidkan terbaik buat anak-anak. Sekadar menghadirkan diri di saat-saat cemas anak menghadapi satu ujian di dunia. Perjalanan di hadapan masih jauh. Cabaran dan godaan di luar pagar sekolah lebih besar..Moga anakku berjaya dalam ujian 'kecil' ini dan yang lebih penting lagi ujian 'nafsu' yang bakarl tebentang luas di depan mata di masa hadapan...Allah permudahkan lah urusan kami..

4 comments:

mamasita said...

Ameen Ameen Ya Rabbal'alameen.

Muaz,selamat berjaya menjawab semua soalan2 peperiksaan SPM dengan cemerlang dan tenang..Ameen

NBK said...

Terima kasih akak..anak pertamakan..suspen lebih

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Amin.. amin.. Ya Rabbal Alamin, insyaAllah, semoga makbul doa ayah & bonda.

Salam, Dr Nor. Selalu jadi pembaca senyap.. kita peminat Kak Ida & kak Jun.. hihi. SMIH ya, dekat jerlah dengan tempat saya tu..

NBK said...

Bertuahnye SKTJ..I selalu wish rumah i dekat dgn sekolah sebaik itu..

lb3f.lilypie.com/TikiBlogger.php/3Ta5