Friday, November 16, 2012

Long trip

Sempena cuti Deepavali dan Maal Hijrah, kami memulakan perjalanan yang melebihi 1200 km, dari Kuantan ke JB, mengambil kak sarah di SMIH. Tamat sudah kisah hidup kak sarah di JB. Tak tau lagi ke mana selepas ini. Yang pasti dekat dengan mama dan ayah, insyaAllah. manusia pantas sekali merancang yang molek-molek pada fikiran mereka tapi segalanya dalam gengaman Allah. Abang Muaz kurang sihat masa mama bertolak ke KL on Monday. Rasanye bebudak ni memang enjoy kat KL sebab dapat lepak kat Kidzania...yang dah tak berapa kid pun join sama..hahahahha. Dua hari penuh di rumah KL. Rumah yang masih kosong tapi as usual..home sweet home, tak lengkap macam mana pun still seronok, nanti dah dapat angkat barang lagi best..silap-silap tak nak balik Kuantan. Duk di KL memang best terutamanye kalau boleh avoid jam. Orang KL untung. Walaupun tak nampak kebun sayur tapi sayuran yang fresh dan berkualiti berlambak kat sana. Lagi pun dekat Ikea..makan karipap dan hot dog ikea pun dah enjoy..hahha mudahkan nak menggembirakan orang Kuantan..sekadar turun KL dah boleh destress. Khamis pagi time to pack and go home. Instead of driving back to Kuantan, we went down south semula. Tak letih..mana boleh tak letih, badan rasa macam keropok rangup boleh berderai. Tapi kan dari pikir anak yang tak berapa sihat nak SPM baiklah pi turun sendiri JB. Puas hati walau pun few hours je melepak di Pizza Hut setia tropika...Mungkin akan kesana sekali dua lagi. Final plan nanti ambik abang Muaz selepas SPM. Ada rasa sayu mengingatkan perjalanan 5 tahun ini. Berulang alik beribu km..Mungkin selepas ini jarang lah ke JB..Tak tau. Perancangan kitakan..tak salah...

Hari ini 16 Nov, sepagian di Sempurna resort, ada pertandingan anak-anak NAZIM..persatuan ISMA. Seronok tengok anak-anak menunjuk bakat. Muneer joined nasyid dan dikir barat. Alhamdulillah si kecik tak buat perangai tantrumnye except bila hampir ke tengah hari. Bukan je budak kecik kita pun dah letih. Sebelum pulang, singgah sekeluarga ke undangan makcik Norma, anak Pahchu yang menerima menantu..Semoga Allah panjangkan kasih sayang hingga ke akhirnya.

2 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, NBK..

manalah tahu lepas ni dapat besan orang Johor pulak, hehe

NBK said...

hi hi mana tau ye dak?

lb3f.lilypie.com/TikiBlogger.php/3Ta5