Saturday, October 6, 2012

IIUM Convest 28th

Sewaktu saya menulis entry ini bakal doktor keluaran IIUM Kulliyyah of Medicine dan para pelajar sarjana sedang berdebar-debar menanti giliran mengambil skrol sempena Convest ke 28. Saya pernah mengambil skrol dalam 3 sesi konvokesyen dari 3 buah universiti. Sesi konvokesyen yang simple di Hotel Istana pada tahun 1995 bagi mengambil skrol MBBS Universiti of Adelaide. That was a joyous occasion, simple ceremony for us who could not attend the actual convo in Adelaide. I took my MMDSc scroll at IIUM in 2004. That was a memorable ceremony for me as the student. Last year I had the opportunity to receive my PhD scrol at UKM. Only those who had the opportunity to sit in all these occasions can appreciate my 'bias' towards IIUM. Walau banyak pandangan sinis sesetengah ahli masyarakat kepada produk IIUM tapi kajian statistik sendiri menunjukkan pelajar IIUM secara keseluruhan berpeluang sama seperti produk universiti lain. Penggunaan bahasa Inggeris dalam kuliah memberi 'advantage' kepada mereka kerana pelajar yang tidak biasa berbahasa Inggeris juga terbiasa berbicara dalam bahasa tersebut. Saya sendiri terbiasa berbahasa Inggeris di kulliyyah sesama pelajar Melayu kerana mereka akan bertanya soalan dalam bahasa tersebut walau pun kepada pensyarah melayu. BTW tahniah kepada bakal doktor keluaran IIUM. Saya rasa mereka bertuah kerana lahir dari KOM..Mereka keluar dalam satu pakej yang lengkap sebagai doktor muslim. Pengalaman berinteraksi dengan pelajar-pelajar ini memberi peluang kepada saya mengenali watak dan sifat mereka secara kumpulan. Mungkin ada seorang dua yang nakal, tapi secara keseluruhan mereka pelajar yang bijak, pandai berinteraksi, berketerampilan dan bersifat mulia. Kebolehan sebahagian dari mereka berbahasa Arab dan hafiz Al-Quran membuat kan mereka lebih terkehadapan berbanding keluaran universiti lain. Saya pasti ramai doktor keluaran KOM akan melangkah lebih jauh dalam kerjaya mereka...Moga mereka terus kekal mendokong sifat mulia doktor muslim yang telah mereka pelajari di Kulliyyah of Medicine...

No comments:

lb3f.lilypie.com/TikiBlogger.php/3Ta5