Sunday, September 16, 2012

in the pursuit of happiness

 
Tadi menonton Pursuit of the happiness..kisah Chris Gardner yang struggle dalam mencari kebahagiaan...Kisah dia dan anaknya tidur di dalam tandas kerana homeless..Teringat kisah lama diri sendiri...Cuma lebih mulia kerana menumpang di rumah Allah ini, di kaki limanya menumpang tidur semalam sebelum mendaftar di MRSM Kuantan 1981...Rupa-rupanya memang kaki lima masjid kuantan yang lama tempat musafir menumpang tidur..Kebetulan terjumpa gambar ini..Buat kenangan. Kami diberi Tok siak segulung tikar, hujungnya digulung buat bantal, tidur sama ayah, dengan baju kurung purple yang siangnya dipakai dari Shah Alam, selepas seharian keliling kuantan dgn beca mencari rumah kawan ayah yang tak ditemui...Alhamdulillah masjid kuantan dulu terbuka buat musafir..kalau tak nak tidur di mana malam tu...Rezki kami. Esoknya bila terjaga tengok ayah sedang membersih badan dan bersedia untuk solat subuh...Kami bersiap sebelum orang datang masjid...Tak mandi pergi mendaftar dengan baju yang sama ke MRSM..Sangat berkat perjalanan hidup yang bermula di rumah Allah...:)

3 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Nor tadi kak ti komen...lepas tu kak Ti delete sebab sedih baca komen sendiri. Sedih baca cerita Nor...sedih mengenangkan masa lalu.

NBK said...

Takpa semua orang sebaya kita kebanyakan nya melalui kesusahan..cuma bila tengok movie tu teringat balik and dah lupa rupa masjid tu sendiri sampai terjumpa gambar ni..

lb3f.lilypie.com/TikiBlogger.php/3Ta5