Wednesday, March 14, 2012

Al fatihah buat Dirang

Tiada lagi girang dari Dirang...beliau telah jadi ahli syurga. dalam surat khabar menyatakan beliau pergi ke kedai di bawah flatnye untuk beli maggi dan telur 4 biji. kesian sebab kena makan maggi. Mungkin mak ayah tak mampu beli beras dan lauk. Mungkin sekali-sekala. Mungkin makanan ruji. Dalam satu ruangan di akhbar saya baca, seorang pakar mengatakan ibu bapa sekarang tak pandai jaga anak. Anak lepas saje tak macam orang dulu. Betul ke? Saya rasa secara pukul rata, anak-anak dari kalangan low income bracket memang lebih 'bebas' dan independent dari kecik. Macam saya n kakak n abang dulu pun merayau sekeliling. Tapi rasanya anak-anak orang 'berada' zaman tu (macam anak pakcik saya pensyarah itm-rasanya tak merayau kot) tak merayau-rayau. Masa sekolah rendah saya boleh jalan 6 km pergi balik tuisyen dari seksyen 16 ke seksyen 6 Shah Alam sorang-sorang. Member lain dari seksyen berhampiran mak pak depa hantar. Biasa je masa tu. tak rasa apa-apa sebab dah biasa. Yang membezakannya masa tu tak banyak 'hantu bermuka manusia'. Yang ada hantu setan biasa yang tak sampai bakar orang. paling teruk depa isap darah macam nyamuk Aedes.

Bila balik kampung saya tengok anak anak main pancing pancing dekat tali air yang dalam. No adult around. Lebih kurang 4-5 rumah selang jumpa adik perempuannya..jalan merayau-rayau. Bila tanya perents depa kata takpa..tak jauh lah..melongo kita. Nak cakap apa? Awak yang paranoid sebok kan anak orang sedangkan itu accepted satu Malaysia..especially low income groups. Kita sebuk parents tak prihatin biar anak kecik main sorang-sorang tapi yang besar skit sekolah rendah naik motor satu kampung tak pakai helmet siap bonceng adik diri diri lagi sambil lambai orang keliling. No body bothers..Dah orang lain buat. Apa kesah?

pasal tu lah kita akan terus jadi 3rd world. Sebab kita suka ambik separa-separa. Tak kira hukum Allah atau undang-undang manusia....

2 comments:

cupcakekasih said...

setuju sangat Dr N. Ingat tak, kita pergi 'collect' bekas kat factory tu...lalu celah kelapa sawit...? Kalau ingat balik memang ngeri. Tapi masa tu manusia masih manusia. Tapi sekarang? Tak tahu nak kata apa.

kkida @ 1001resepi said...

Parent yg salah... Org jahat tak salah... Makpak yg salah. Beranak pandai jaga anak tak tau. Kucing pun pandai jaga anak., gonggong sana-sini demi keselamatan anak. Ni manusia anak baru pandai cakap dah suruh gi kedai beli maggi. Sangat menyedihkan.... ;(

lb3f.lilypie.com/TikiBlogger.php/3Ta5