Monday, December 5, 2011

MTNP

MTNP adalah singkatan maktab tahfiz negeri Pahang. MTNP adalah sekolah yang dimiliki oleh Yayasan Pahang. Merupakan sekolah tahfiz berakademik. Walau pun sekolah ini agak baru tapi pencapaian pelajarnya amat mengujakan. Bukan calang-calang tapisan. Hari Sabtu yang lalu Munirah bersama 250 pelajar lain telah menduduki ujian saringan yang dijalankan oleh MTNP. Hari Ahad pula seramai 250 pelajar lagi telah disaring. Mereka hanya mahu 50 pelajar, 30 lelaki dan 20 perempuan. Ujian meliputi bacaan quran 3 minit yang melihat dari sudut tajwid, makraj sebutan dan kelancaran. Disusuli ujian hafazan satu muka surat Al-Quran (sekitar 15 baris). Ustaz yang memberi taklimat berpesan, "Jika anak-anak Tuan keluar dan berkata..Alhamdulillah saya dapat hafal 3 baris..maka kata ustaz...Berjumpa lah kita di alam barzakh. Lucu tapi betul. Hanya yang betul punya ingatan kuat yang akan terpilih. Sekiranya cuba juga 'menyumbat' anak ke sini..?mengikut kabel? anak mungkin tersiksa tidak dapat mengejar kawan yang lain...Seterusnya ujian subjektif meliputi BM, BI, Math dan Science. Soalan ringkas tapi pelajar perlu kreatif. Dari 500 pelajar, 100 akan disenarai pendek untuk simulasi. Apa itu simulasi ..tinggal di MTNP selama 4 hari 3 malam. Di waktu inilah akan terserlah yang mana bakal meneruskan perjuangan..Biasalah anak-anak, bijaknya mungkin sama rata tapi ada yang sukar bangun pagi walau di kejut berkali-kali, mungkian ada yang leput, ada yang manja, ada yang tak pro-aktif. Ini akan teruji semasa simulasi. saya rasa ini satu cara tapisan yang bagus walau mungkin mengambil masa dan kos yang bukan sedikit. Akhirnya dari 100 orang hanya 50 orang yang akan terpilih. saya menyelak website MTNP dan melihat wajah ibubapa yang mendaftar anak pada awal tahun ini. Dan terlihat satu wajah yang saya rasa sangat 'familiar'. Ohhh. rupanya sebiji.. Dato' Syed Zainal Abidin Pengarah Urusan Proton..mungkin mendaftar anak lelakinya..Saya sangat kagum, teruja...seorang yang pasti punya wang yang cukup jika mahu menghanatar anak ke sekolah serba 'canggih seperti Yayasan Saad di Melaka. Tapi mengapa MTNP jadi pilihan...Risik-risik sedikit saya dapat perkhabaran beliau juga orang kuat sebuat masjid di KL, sering kali kelibatnya berjamaah di waktu suboh di masjid tersebut....Yang pasti diakhir zaman sebegini ramai ahli masyarakat sedar keperluan kembali kepada Al-Quran..justeru setinggi mana pun perginya anak-anak..ilmu Al-Quran juga dikejar orang...Yang pasti sekolah-sekolah agama sekarang jadi 'tepu' dengan anak-anak yang mendapat kecemerlangan di sekolah rendah. dan saya sangat gembira dengan perkembangan ini....Berbalik kepada anak dara saya.."munirah hafal berapa ayat?"..'saya dapat 8 ayat' tapi sangkut sangkut sikit..Mama is very proud of you darling..Wether you got it or not Allah tahu niat kita yang mahu cari redhoNya..Moga Allah permudahkan kemana jua jejak anak mama selepas ini...Amin

No comments:

lb3f.lilypie.com/TikiBlogger.php/3Ta5