Thursday, November 3, 2011

Seksualiti merdeka. Buat lah apa yang anda suka!

Bergembiralah anda semua. Buatlah sahaja apa yang anda suka. Sambutlah apa yang anda katakan...Seksualiti Merdeka: Queer without Fear?..Apa yang perlu ditakutkan?
Anda semua akan terus hidup di dunia ini selama-lamanya.
Anda tidak akan mati.
Anda tidak akan melalui siksa kubur.
Anda juga tidak akan di kumpul di padang mashar.
Anda tidak akan dihisab
Anda tidak akan dicampak ke neraka atau dilimpahi kasih sayang Pencipta di syurga.
Teruskan lah gaya hidup anda.
Perjuangkan lah perinsip hidup anda.
Mengapa orang lain di sekitaran perlu gusar?
Persetankan mereka. Terutamanya yang cuba memberitahu anda bahawa cara hidup gay dan lesbian itu ditegah agama suci dari Allah yang disampaikan Rasul...Persetankan mereka.
Hidup anda anda yang tentukan...

Sementara kepada yang lain, seperti kita-kita yang percaya bahawa suatu hari nanti kita akan ke sana, tak lama lagi dah...
Buat lah apa yang kita masih terdaya buat
Kawal lah apa yang kita boleh kawal
Jagalah anak-anak kita
Biar mereka rasa dekat dengan Allah
Biar mereka rasa cinta pada rasul
Biar mereka rasa hormat pada alim-ulamak
Buat lah sebaik mungkin sebagai ibu bapa..Doa dan doa
Jika selepas itu mereka masih nak jadi hantu, nak merdeka seksualiti..itu antara mereka dengan Tuhan

(rasa sedih dan amat kesal dengan perkembangan di sekitaran akhir-akhir ini. lagi kuat kita cuba mendidik anak-anak, lagi kuat kerja-kerja manusia berfikiran haiwan ini. Seksualiti Merdeka : Queer without fear, 1-13 nov central market..ya Allah lindungilah kami dan keturunan kami .)

3 comments:

Zalikha said...

KAKAK sokong makteh! GERAM dgn si Pang pang ni (speaker) dulu selalu jugak nampak dia sbb kakak aktif berseni dkt pasar seni tu..sejak2 dh tahu pasal movement ni..dh tak support dah.

NBK said...

kakak and the new generations have so much responsibility on your shoulders..muda muda juga..enjoy-enjoy apa yg sepatutnya..but if the new generations , the youngs are indifferent about this (especially the muslims)..hanyut lah generasi maryam and later...kita yang dah 40an ni dah nak ke kubur, tapi yang muda-muda...

IXORAROXI said...

saya pun geram sangat dengan 'si bedebah' tu!semoga Allah melindungi anak2 jua keturunan kita dari segala kejahatan

lb3f.lilypie.com/TikiBlogger.php/3Ta5