Saturday, November 19, 2011

No swimsuit what....!

"Five born muslim miss borneo contestants said that there s nothing wrong in participating in the beauty pagent. Even The Welfare, Women and Family Development Minister was causht by surprise when The Sarawak Islamic Affairs Department called the women for counselling session.." That s what written in the NST today. Several of them won some presents..RM1000, RM500.

Sedih, spoil mood pagi-pagi Ahad bila baca berita begini.

Kalau betul lah itu kata-kata yang keluar dari mulut mereka sungguh menyedihkan. Sedih kerana anak-anak yang lahir sebagai Muslim boleh tidak tau batas aurat. Sedih juga sebab mak ayah yang tidak menghalang atau mungkin tidak berjaya menghalang. Atau lebih pedih lagi menyokong dan bersekongkol meraikan pencapaian anak-anak ini. Sedih juga dengan response pemimpin wanita yang tugasnya menjaga kebajikan wanita, sebaliknya merasakan eksploitasi sebegini tiada salahnya. Sampai bila kita perlu 'berbasa-basi' 'berkompromi' dengan pandangan begini. Pandangan yang mengatakan takde salahnya mendedahkan aurat di khalayak ramai begini....Cukup-cukuplah wahai ahli masyarakat semua. Cukup-cukuplah menghina ulamak di filem-filem, cukuplah merendah-rendahkan pendidikan agama, cukup-cukuplah merendahkan wanita yang menutup aurat, cukup-cukuplah menghentam orang yang ingin kembali kepada islam. Cukup-cukuplah.

3 comments:

mamasita said...

Betul cakap Doc..Enough is enough..

Anonymous said...

orang dah masuk pertandingan baru nak kasi kaunseling, baik tak payah... tapi mmg org2 sebelah borneo ni Islam nya tak berapa kemas sebab terlalu bercampur aduk dengan bukan Islam, kdg2 mereka lupa agaknya

Anonymous said...

Salam semua,
Tiga diantara mereka adalah pelajar2 dari semananjung yang belajar dikolej swasta di Sarawak. apamacam ?

lb3f.lilypie.com/TikiBlogger.php/3Ta5