Tuesday, September 27, 2011

Kelas 1

Al- quran juga dikenali dengan nama Quran Al-karim iaitu satu kitab yang mulia. Juga dikenali sebagai Kitabullah dan kalamullah. Ianya merupakan satu mukjizat kerana telah dijanjikan akan kekal dipelihara Allah sehingga akhir zaman, berbanding kitab lain yang telah diubah manusia. Gaya bahasa dan seni ayat-ayat Al-Quran sangat tinggi dan tidak dapat ditandingi manusia, justeru diakui sebagai kata-kata Allah dan diakui oleh manusia termasuk manusia kufur Quraisy. Mereka walau bagaimanapun tidak mau beriman kerana kepentingan dunia. Al Quran melembutkan hati manusia yang keras seperti saidina Umar yang memeluk agama islam apabila mendengar bacaan surah Toha oleh adiknya.

Sejarah Al-Quran
Diturunkan selama 23 tahun dari umur nabi 40 tahun sehingga 63 tahun. 10 tahun di Mekah dan 13 tahun di Madinah. Ayat-ayat Quran diturunkan sekali gus dari Luh mahfuz ke Baitul Izzah (langit dunia)pada malam lailatul qadar. Kemudian diturunkan sedikit sedikit kepada Nabi bersesuaian dengan perkara yang berlaku dalam kehidupan Nabi. Ayat pertama - iqra..dan yang akhir Al-yaumal ak ma tu lakum..(Al-maidah ayat 3). Sahabat Nabi yang memahami maksud ayat terakhir berasa sedih kerana sedar tugas Nabi telah berakhir dan nabi akan pergi meninggalkan mereka selama-lamanya.

Al-Quran dibukukan semasa zaman Saidina Usman. Sewaktu itu ayat-ayat Quran tidak bertitik dan berbaris seperti sekarang. Beberapa sahabat merupakan penghafaz quran yang bersama-sama menjadikan Quran dalam bentuk kitab yang ada sekarang. Sebelum itu ayat-ayat Quran ditulis di pelepah tamar dan dihafaz ramai sahabat Nabi. Antara yang berjasa adalah Muawiyah abu Suffian, Kaab bin Ubai dan lain-lain. Al-Quran tidak dibukukan lebih awal kerana mereka amat menjaga dari perkara-perkara yang tidak dilakukan oleh Nabi termasuklah membukukan Al-Quran. Tetapi Saidina Usman melakukannnya di zaman beliau atas kemaslahatan umat selepa peperangan siffin yang mengorbankan ramai (ribuan) hafeez-hafeez quran. Maka akhirnya ayat-ayat Quran dibukukan menjadi dalam bentuk Al-Quran yang kita baca hari ini. Kitab Al-Quran rasm uthmani adalah berdasarkan kitab asal zaman Saidina Usman.

Membaca AlQuran

Al-Quran wajib dijaga dari segi pembacaannya. Oleh itu perlu dipelajari secara bertalaqi musyafaqah (berguru). Hukumnya adalah fardu ain. Kita wajib membacanya dengan bertajwid dan wajib mempelajari bacaan bertajwid yang betul.

Asas bacaan Quran

Terdapat 114 surah di dalam al-quran. Setiap surah adalah campuran ayat yang panjang dan pendek. Terdapat 28 (atau 29 jika alif dimasukkan) huruf Hijaiyah

7 huruf dibaca tebal: kho, sod, dod, ghin/gho, tho, qof, dzo (mulut bulat)
21 huruf dibaca tipis (mulut lebar)

Mulakan dengan belajar membaca Al-fatihah

No comments:

lb3f.lilypie.com/TikiBlogger.php/3Ta5