Tuesday, August 2, 2011

Up or Down..Alhamdulillah

hari jumaat lepas hati berbunga-bunga. anak-anak dari johor sampai. DH dan in-laws pun datang dari KL. tetiba dapat maid pulak. banyaknya nikmat kegembiraan bertubi-tubi. sangat gembira. dapat sambut puasa ramai-ramai. riuh rendah. semalam semua dah balik. rumah pun sunyi semula. sangat sunyi. tapi masih syukur kerana anak-anak sampai destinasi. DH pun sempat sampai ke hospital untuk kembali bertugas. kalau ikutkan hati yang 'tamak' mau semua ada depan mata. mau suasana ceria sepanjang masa. tapi Allah beri ujian dan cabaran mengikut kemampuan kita. yang pasti ujian yang Allah beri sangat kecil berbanding yang lain. Bersyukur tu ya Allah sebab itu je yang mampu ditangani buat masa ini. Terima kasih. moga ada rezki, ada umur dapat pula jumpa di waktu raya nanti. jumpa opah, anak-anak, adik beradik. InsyaAllah..insyaAllah.

No comments:

lb3f.lilypie.com/TikiBlogger.php/3Ta5