Sunday, August 14, 2011

jauh..tapi berbaloi

kadang-kadang kita ada banyak masa, ada duit, ada kelapangan tapi kita tak buat apa-apa. kita rancang, panjang-panjang, tapi kita tak buat. jumaat 12 ogos, kita drive pi kl. dah lama tak drive ke kl..tanpa dh. oleh kerana nak sangat balik kk, kita beranikan jugak. alhamdulillah mudah rupanya. estima lebih mudah dan sedap dibawa, turun naik bukit genting sempah. tak berapa gerun korner korner dilereng. sempat berbuka di sg.penchala, sodap weh..semua ada toksah cerita. pagi pagi dari sg buloh kita mengembara ke kk sempat singgah kat tapah walau pun terlajak perahu ke utara. kat kk walau pun semalam dan tak cukup 24 jam, kita seronok dapat jumpa mak n d gang...ya lah..tengok wajah ibu bapa pun boleh dapat pahala..sapa tak nak pahala 'percuma' di bulan mulia ni. sempat juga ke param..segala macam makanan di param tu rasa nak dibeli tapi kita kena lah budget-budget ruang kat perut kita nih..lepas sahur kita meluncur laju ke jb selepas meninggalkan cik hunny di tapah..selamat belajar ya dik. kat jb,jumpa anak-anak walau pun sekejap, tapi sungguh gembira sebab lihat wajah anak-anak yang ceria..alhamdulillah jam 10 pm kita sudah ada di bilik kita semula.... letih? usah tanya lah soalan yang obvious..kalau ikut letih jom kita dok bawah selimut pasang aircond dalam bilik sambil update status fb..akan datang tak tau lagi.. kita tak tau samada kita ada lagi tak ramadhan akan datang untuk buat benda yang sama..so while we can..lets enjoy..:)

No comments:

lb3f.lilypie.com/TikiBlogger.php/3Ta5