Wednesday, March 30, 2011

Woman & Children Hospital

Adelaide Women and Children Hospital


Sewaktu belajar di Adelaide dulu sesuatu yang menarik perhatian saya ialah kewujudan banyak hospital di Adelaide dan kawasan berhampiran. Hospital utama tempat kami belajar ialah Royal Adelaide Hospital. Hospital ini menempatkan wad utama seperti perubatan dan pembedahan serta beberapa bahagian kepakaran lain yang bersangkut paut dengan pesakit dewasa.


Flinders Hospital


QEH

Modbury


Adakalanya kami pergi ke Queen Elizabeth Hospital atau Modbury Hospital yang juga menempatkan pesakit dewasa. Tak lupa juga Hospital Flinders yang merupakan Hospital utama bagi pelajar perubatan di University of Flinders. Terdapat juga sebuat pusat bagi pesakit psiakiatri (yang sudah tidak saya ingat lagi namanya). Selain itu beberapa pusat baik pulih (rehabilitasi) yang menempatkan bekas pesakit angin ahmar (contoh) yang memerlukan rawatan pemulihan seperti terapi pertuturan dan terapi fizikal dan pekerjaan. Rawatan ini tidak terhenti setakat itu sahaja, kerana pesakit-pesakit yang telah didiscaj akan menerima rawatan lanjut dari doktor peribadi (atau GP) yang mempunyai komunikasi lancar antara hospital kerajaan dan klinik peribadi ini. Sistem ini telah diamalkan lebih 20 tahun lalu (ha ha dah tuanya aku) di sana. Yang pastinya, hospital hospital ini menjaga kebajikan pesakit dewasa. Kemana perginya pesakit kanak-kanak?

Pesakit kanak-kanak mendapat tempat rawatan khusus di Women and Children Hospital. Sebuah bangunan yang tersergam indah serta menyediakan ruang khusus buat anak-anak (serta penjaga), yang mengalami pelbagai penyakit dan memerlukan rawatan perubatan atau pembedahan. Kanak-kanak yang mengalami masalah di kategori psiakiatri juga mempunyai ruang khusus bagi mereka ( 20 tahun dulu beb..dah ada)

Bagaimana dengan kita..?
Kita tak ketinggalan sebenarnya dari segi pembangunan fizikal..banyak bangunan canggih dan tinggi di Malaysia. Dari segi pembangunan kesihatan juga sebenarnya telah banyak pembaharuan dan peningkatan kemudahan. Tapi prasarana bagi kanak-kanak belum saya lihat lagi, kecuali Institut Pediatrik di Kuala Lumpur.

Pengalaman berkerja dan menjadi ibu pesakit di wad-wad hospital yang sedia ada menyebabkan saya rasa terdapat keperluan mendesak bagi mewujudkan hospital bagi kanak-kanak dan wanita. Kebanyakan baik-pulih yang dilakukan masih fokus kepada pesakit dewasa yang kebanyakannya (jahat mulut lah ni) sakit, akibat cara hidup yang di pilih (walau pun sumbangan genetik tidak boleh di pertikaikan dan kita tak berpeluang pilih keturunan kita ...LOL). Wad kelas satu, dua, tiga ...semuanya fokus kepada pesakit dewasa. Saya amat berharap (dapat berharap saje lah, kecuali kementerian tu bawah aku..)agar kemudahan lebih baik di beri kepada anak-anak (juga keselesaan buat penjaga) serta kemudahan buat ibu-ibu mengandung dan bersalin.

Buat masa ini , ruang amat terhad, sangat sesak, tidak 'kondusif' untuk membantu mempercepatkan baik-pulih pesakit. Tambahan pula dengan limpahan pelajar..samada bakal doktor, 'misi', juru baik-pulih dan sebagainya, tidak memberi ruang fizikal dan 'ruang rehat' bagi pesakit serta penjaga.

Sudah pasti ada yang merasakan segala kemudahan ini boleh dicapai di hospital swasta. Bagaimana pula dengan mereka yang tak berkemampuan serta merupakan kumpulan majoriti dalam negara terutamanya buat orang-orang kita. Mungkin 'budget' besar yang diberikan , contohnya kepada Permata, boleh disalurkan sedikit buat prasarana kesihatan buta kanak-kanak.

Apa pun yang pasti setelah lebih 20 tahun pulang ke tanah air, saya belum lagi dapat rasa suasana 'tenang' dan damai seperti yang di lalui di hospital-hospital di sana. Pada pandangan saya kita mempunyai 'health-care workers' yang setanding atau mungkin lebih baik berbanding dari luar negara tetapi hasil yang lebih bagus dapat dicapai sekiranya RUANG/KEMUDAHAN yang lebih luas disediakan.....

I really hope to see a hospital dedicated to (at least ) children ( and women) somewhere, sometime in future...really really hope

1 comment:

Anonymous said...

Dr. Nor,adakah hospital luar negara itu dibangunkan oleh kerajaan atau swasta? PM kita yang ketiga merupakan seorang doktor dan itu saja kot budget yang ada untuk keperluan kesihatan.

lb3f.lilypie.com/TikiBlogger.php/3Ta5