Thursday, October 15, 2009

FROM: http://www.islam.gov.my/buu/kelsel.html#tajuk

Hadanah atau Penjagaan Kanak-kanak Orang-

81. (1) Tertakluk kepada seksyen 82, ibu adalah yang orang yang paling berhak dari segala orang bagi menjaga anak berhak menjaga kecilnya dalam masa ibu itu maslh dalam perkahwinan kanak-kanak dan selepas perkahwinannya dibubarkan. Jika Mahkamah berpendapat bahawa ibu adalah di bawah Hukum Syarak hilang kelayakan dari mempunyai hak terhadap hadanah atau penjagaan anaknya, maka hak itu tertakluk kepada seksyen-kecil (3), hendaklah berpindah kepada salah seorang yang berikut mengikut susunan keutamaan yang berikut, iaitu-

(a) nenek sebelah ibu hingga ke atas peringkatnya;
(b) bapa;
(c) nenek sebelah bapa hingga ke atas peringkatnya;
(d) kakak atau adik perempuan seibu sebapa;
(e) kakak atau adik perempuan seibu;
(f) kakak atau adik perempuan sebapa;
(g) anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu sebapa;
(h) anak perempuan dari kakak atau adik seibu;
(i) anak perempuan dari kakak atau adik perempuan sebapa;
(j) emak saudara sebelah ibu;
(k) emak saudara sebelah bapa..
(1) waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai munasabah atau residural.

(3) Tiada seseorang lelaki berhak terhadap penjagaan seseorang kanak-kanak perempuan melainkan lelaki itu adalah seorang muhrim iaitu dia mempunyai pertalian dengan kanak-kanak perempuan itu dalam ianya diharamkan berkahwin dengannya. [P. 82 -83]

(4) Jika ada beberapa orang dari keturunan atau peringkat yang sama, kesemuanya sama berkelayakan dan bersetuju menjaga kanak-kanak itu, penjagaan hendaklah diamanahkan kepada orang yang mempunyai sifat-sifat paling mulia yang menunjukkan perasaan paling kasih sayang kepada kanak-kanak itu, dan jika kesemuanya sama mempunyai sifat-sifat kemuliaan maka yang tertua antara mereka adalah berhak mendapat keutamaan.

82. Hadinah iaitu perempuan yang mempunyai hak Kelayakan mendidik seseorang kanak-kanak, adalah berhak kelayakan yang pertu menjalankan hak terhadap hadanah jika untuk

(a) ianya adalah seorang Islam; penjagaan.
(b) ianya adalah sempurna akal;
(c) ianya berumur yang melayakkan ia memberi kepada kanak-kanak itu penjagaan dan kasih sayang yang mungkin diperlukan oleh kanak-kanak itu;
(d) ianya berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiah; dan
(e) ianya tinggal di tempat di mana kanak-kanak itu tidak mungkin menghadapi apa-apa akibat buruk dari segi akhlak atau jasmani.

No comments:

lb3f.lilypie.com/TikiBlogger.php/3Ta5