FROM MOH..a Reminder

#
Panduan Umum

* Orang ramai yang mempunyai gejala selesema (simptom influenza-like illness - ILI) yang ringan dinasihatkan untuk berehat di rumah, kebanyakan orang akan sembuh dengan sendirinya. Mereka mestilah memakai topeng mulut dan hidung.

* Manakala, kumpulan yang berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi atau sakit teruk akibat jangkitan H1N1 hendaklah segera mendapatkan rawatan. Rawatan antiviral yang diberikan di klinik-klinik kerajaan adalah percuma.

* Kumpulan berisiko tinggi ini juga diminta tidak pergi ke tempat-tempat awam yang sesak, dan memakai topeng mulut dan hidung jika terpaksa keluar.

* Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa menjaga kesihatan diri, khususnya mencuci tangan secara kerap dan menggunakan tisu apabila batuk atau bersin.

#
Balik Kampung

Sempena menyambut aidil fitri tahun ini, orang ramai yang akan balik beraya di kampung diminta mengambil langkah-langkah pencegahan sepanjang tempoh hari raya ini bermula dari balik kampung hinggalah kembali semula setelah beraya.

1. Sebelum Balik Ke Kampung

1. Orang ramai hendaklah menentukan jenis kenderaan yang akan digunakan sama kenderaan awam atau kenderaan sendiri.

2. Golongan yang berisiko tinggi iaitu:

* kanak-kanak berumur kurang daripada 5 tahun,
* warga emas berumur 65 tahun ke atas,
* wanita hamil,
* pesakit asma,
* pesakit diabetes,
* pesakit imuniti rendah
* Orang yang berlebihan berat badan

Dinasihatkan supaya memilih kenderaan yang kurang sesak untuk pulang ke kampung seperti menaiki kenderaan sendiri/keluarga. Jika terpaksa menggunakan kenderaan awam, mereka mesti memakai topeng mulut dan hidung untuk mengelakkan dijangkiti influenza A(H1N1).
1.
Semasa berada di perhentian pengangkutan awam yang sesak, mereka yang mempunyai simptom dan golongan berisiko tinggi mesti memakai topeng mulut dan hidung

1.
Semasa Dalam Perjalanan

1. Sentiasa membawa bersama topeng mulut dan hidung serta bahan pencuci tangan (hand sanitizer) bagi tujuan penggunaan apabila keadaan memerlukan.
2. Bagi orang awam yang sihat tetapi berada di dalam keadaan yang sesak, mereka juga tidak dihalang untuk memakai topeng mulut dan hidung
3. Sekiranya seseorang mempunyai simptom selesema (ILI) atau tergolong di dalam kumpulan berisiko tinggi, mereka mestilah memakai topeng mulut dan hidung

2.
Semasa Berada Di Kampung

1. Bagi individu yang sakit (mempunyai gejala selesema)

1. Mereka perlu asingkan/jarakkan diri daripada ahli keluarga.
2. Sekiranya perlu bersama-sama ahli keluarga, mereka mesti memakai topeng mulut dan hidung.
3. Elakkan daripada berada terlalu dekat dengan ahli keluarga termasuklah memeluk ahli keluarga yang terdiri daripada golongan berisiko tinggi mendapat komplikasi/sakit teruk.
4. Seboleh-bolehnya tidak menghadiri tempat yang sesak atau keramaian umpamanya mengunjungi rumah terbuka, majlis kenduri dan juga termasuklah bersembahyang sunat Hari Raya kerana dikhuatiri mereka akan menularkan jangkitan ini kepada orang lain. Namun jika mereka ingin juga mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya, mereka hendaklah memakai topeng muka dan hidung serta membawa bersama sejadah atau lapik sembahyang sendiri supaya ia tidak dikongsi dengan orang lain.
5. Meneruskan amalan kebersihan diri, iaitu adab batuk yang baik, mencuci tangan secara kerap dan memakai topeng mulut dan hidung.

2. Bagi individu yang sihat
1. Sentiasa berwaspada dan menjaga kesihatan diri dan amalkan pemakanan sihat dan tidak merokok.

2. Amalkan mencuci tangan secara kerap selepas bersalam samada menggunakan sabun dan air atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer). Sebaik-baiknya sentiasa membawa bersama hand sanitizer semasa mengunjungi rumah terbuka.
3. Sentiasa membawa bersama topeng mulut dan hidung.
4. Senaraikan keutamaan kenduri atau rumah terbuka yang perlu dihadiri.
5. Sebaik-baiknya hadkan perjumpaan bersama ramai orang umpamanya menghadiri kenduri atau kunjungan rumah terbuka terutamanya kepada golongan yang berisiko tinggi mendapat komplikasi/sakit teruk kerana semakin banyak kita bertemu dengan ramai orang, semakin tinggi risiko untuk dijangkiti virus ini.
6. Singkatkan setiap perjumpaan anda semasa kunjung mengunjungi.
7. Pastikan anda berada dalam jarak yang selamat (sekurang-kurangnya 1 meter) daripada orang yang mempunyai simptom selesema (ILI)

3.
Setelah Kembali Dari Kampung
1. Terus mengamalkan kebersihan diri, amalan mencuci tangan secara kerap dan adab batuk.
2. Sekiranya tidak sihat, mereka dinasihatkan untuk meneruskan cuti dan tidak terus pergi ke sekolah atau ke tempat kerja.
3. Sekiranya simptom berlanjutan, sila dapatkan rawatan doktor.
4. Sentiasa mengambil tahu perkembangan terkini mengenai wabak influenza A(H1N1) dan langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

#
Peranan Syarikat Pengangkutan

1. Lakukan tanggungjawab koporat anda kepada pelanggan anda. Sediakan bahan pencuci tangan (hand sanitizer) untuk kegunaan penumpang.
2. Juga bekalkan topeng mulut dan hidung kepada penumpang yang mempunyai gejala selesema (simptom ILI) secara percuma.
3. Seboleh-bolehnya asingkan atau pindahkan orang yang mempunyai gejala selesema (simptom ILI) ke tempat duduk yang agak jauh daripada orang lain.

Comments

Popular Posts