Tuan punya kedai sapa? Yang beli sapa? Who cares?

Ahli farmasi digesa lebih beretika

KUALA LUMPUR 16 Jun - Ahli-ahli farmasi diingatkan supaya lebih beretika dan jangan mengambil kesempatan kenaifan pengguna terhadap ubat-ubatan semata-mata untuk mengaut untung.

Mereka perlu lebih profesional dalam mengendalikan penjualan produk-produk racun termasuk pil-pil perancang.

Pengarah Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan, Mohd. Hatta Ahmad berkata, pengambilan pil perancang tanpa penyeliaan profesional akan membahayakan kesihatan pengguna tersebut.

"Maklumat peribadi pengguna mesti diambil oleh ahli farmasi. Pengguna juga mesti diingatkan mengenai kesan sampingan ubat-ubat tersebut, semua keterangan itu mesti direkodkan dalam buku preskripsi.

"Ahli farmasi yang melanggar peraturan ini boleh dikenakan tindakan undang-undang," katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau mengulas Laporan Khas Utusan Malaysia semalam mengenai kecenderungan lelaki lembut dan 'mak nyah' yang memakan pil perancang untuk menjadi 'wanita.'

Sementara itu, orang ramai juga boleh melayari laman web di www.pharmacy.gov.my dan www.bpfk.gov.my untuk pertanyaan berkaitan ubat-ubatan atau membuat aduan.

Comments

Popular Posts