Monday, November 10, 2008

Ish ish ish

Terbaca ni di Utusan....tak lama lagi kita dok atas pokok..

Rehda Melaka minta kuota bumiputera dilepaskan
Oleh

MELAKA 9 Nov. - Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Melaka meminta kerajaan negeri melepaskan kuota penjualan rumah untuk bumiputera bagi membantu pertumbuhan ekonomi negeri terutama dalam sektor hartanah.
Pengerusinya, Datuk Gwee Yew Kiat berkata, langkah tersebut tidak akan menjejaskan kepentingan mana-mana pihak, memandangkan pembangunan hartanah di negeri ini sentiasa berterusan dan stabil.
Menurutnya, data terkini baki rumah bagi kuota bumiputera adalah 3,255 unit dengan nilai RM555 juta.
''Jika jumlah ini dilepaskan untuk pasaran bebas, sudah pasti pusingan pasaran perumahan dan berkaitan dengannya akan menjadi lebih aktif," katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada majlis perasmian Ekspo Hartanah Malaysia Melaka (Mapex 2008) yang disempurnakan oleh Speaker Dewan Undangan negeri, Datuk Othman Muhamad di sini hari ini.
Mapex yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lalu itu, disertai oleh 29 pemaju perumahan, empat agensi kerajaan dan dua institusi kewangan.
Ia bertujuan mempromosikan hartanah perumahan dan komersial yang disediakan oleh pemaju kepada pembeli bumiputera di negeri ini.
Selain itu, menurut Yew Kiat, sekatan kuota yang ditetapkan pada masa ini memberi kesan negatif kepada pemaju hartanah dan perumahan.
Ini kerana katanya, golongan itu bukan sahaja terpaksa menghadapi cabaran dari segi tekanan inflasi dan ekonomi global malah menampung kos pegangan yang tinggi.
''Dengan melepaskan hartanah itu ke pasaran terbuka, ia membolehkan pemaju perumahan menampung kos pegangan tersebut, lebih-lebih lagi ketika keadaan ekonomi menurun," jelasnya.
Pada masa sama, beliau turut mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya melantik anggota Rehda sebagai Ahli Majlis Tempatan dalam Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bagi membolehkan pihaknya memainkan peranan yang aktif berhubung isu berkaitan.
Katanya, penglibatan Rehda yang sebahagian besarnya terdiri daripada pemaju hartanah diharap mampu memberi pandangan bersesuaian dalam menggubal dasar atau perancangan dalam aspek pembangunan fizikal yang diatur kerajaan.

1 comment:

Anonymous said...

Kesian Melayu, tak mampu beli rumah. Itulah menunjukkan ekonomi orang Melayu masih lemah dan ketinggalan berbanding Cina.

lb3f.lilypie.com/TikiBlogger.php/3Ta5