Monday, September 1, 2008

Bergegar You ;)

Sungguh teruja membaca berita ini.......

Acara sebegini sepatutnya dijalankan diseluruh pusat pengajian di negara kita sejak dahulu lagi kerana kesan positif yang bakal dilahirkan. Sudah pasti anak anak melayu yang sememangnya berlumba-lumba di sana dalam meningkatkan tahap pencapaian akademik akan lebih teruja menelaah pelajaran. Sudah pasti hasrat melahirkan bangsa melayu yang berpelajaran tinggi, berfikiran kritikal, berjati diri tinggi, berakhlak mulia dan mampu bersaing dengan bangsa bangsa lain akan terhasil dengan jaya nya...SYABAS KEPADA PENGANJUR....dan TAHNIAH kepada artis artis yang terlibat..



PROGRAM Gegar U!: Warna-Warna Malaysiaku antara program kemasyarakatan yang mampu mewujudkan perpaduan di khalayak warga kampus selain mewujudkan semangat saling membantu antara insan.
Malah program tersebut secara tidak langsung mampu membuka mata masyarakat yang sering mempersoalkan peranan warga kampus selaku pemangkin pemimpin generasi masa depan.
Baru-baru ini, musim kedua program Gegar U melabuhkan tirai dan dia program sedemikian sewajarnya diteruskan.
Menurut salah seorang artis yang terbabit dalam program itu, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Gegar U merupakan sebuah program yang memberi pendedahan kepada warga kampus untuk berdepan dengan dunia luar.
“Rancangan ini amat bagus untuk pembangunan minda anak-anak muda terutamanya siswa-siswi. Menerusi program ini mereka mendapat pendedahan untuk menghadapi dunia realiti yang sebenar.
“Mereka perlu berusaha untuk menghadapi cabaran-cabaran yang boleh tahan dugaannya,” katanya ketika ditemui pada konsert Gegar U yang diadakan di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
Menyambung bicara terang isteri kepada Datuk Khalid Mohammad Jiwa ini lagi, remaja terlibat akan lebih bersemangat dan yakin selepas tamat pengajian kelak.
“Apabila mereka menyertai program ini, mereka tahu susah senang hidup di luar sana. Tamat pengajian pelbagai lagi cabaran yang akan mereka hadapi dan pastinya mereka mampu mengatasinya berdasarkan pengalaman yang ada,” jelasnya yang manis menggenakan busana serba hitam pada konsert tersebut.
Sementara itu, penyanyi remaja popular Adam pula menyarankan, lebih banyak lagi program untuk golongan remaja diwujudkan.
“Lebih banyak program seperti Gegar U dianjurkan, ia memberi lebih banyak manfaat.
“Ini kerana masa lapang remaja lebih terisi daripada melepak tak tentu hala. Lagi pun apa yang saya lihat sekarang pergaulan remaja ini semakin lama semakin bebas. Jadi kalau ada program-program sebegini sekurang-kurangnya mengisi waktu lapang mereka,” jelas pelantun lagu Joget Lambak ini.
Berkongsi pendapat yang sama dengan Adam ialah naib juara Akademi Fantasia musim keenam, Riz.
Riz turut mengesyorkan golongan remaja akan mengambil kesempatan untuk menyertai program-program sebegini.
“Remaja merupakan penyambung generasi masa depan. Jadi kita perlu menyokong mereka untuk menyertai rancangan-rancangan sebegini,” katanya.
Konsert yang meriah
Dihadiri lebih 1,000 warga kampus UiTM, konsert Gegar U yang berlangsung lebih dua jam itu cukup meriah.
Meskipun kolaborasi antara Iqram Dinzly dan Dynaz sebagai pengacara dilihat tidak secocok dan menyebabkan suasana konsert agak suram namun persembahan daripada artis-artis popular banyak menyelamatkan keadaan.
Satu yang pasti kemunculan Siti Nurhaliza menyampaikan lagu Ku Mahu membuatkan Dewan Seri Budiman bergema dengan pekikan dan sorakan penyanyi tersohor itu.
Bukan Siti sahaja yang berjaya mencuri hati khalayak yang ada. Penyanyi remaja Adam yang tampil menghiburkan menerusi lagu Robot juga berjaya menyebabkan suasana dalam dewan bertukar menjadi histeria.
Anak-anak gadis tidak mampu menyembunyikan perasaan minat mereka terhadap bintang kelahiran Akademi Fantasia musim kedua ini.
Suasana konsert bertambah ceria apabila diselitkan juga tarian-tarian tradisonal dan aksi-aksi seni mempertahankan diri.
Bukan itu sahaja, beberapa rakan artis lain yang turut serta mengadakan persembahan ialah Rosma, Haziq, Riz, Mus (May) dan Jaclyn Victor.

No comments:

lb3f.lilypie.com/TikiBlogger.php/3Ta5