Sunday, December 9, 2007

Tabik spring untuk ayah

Ayah had succesfully completed his mission again.

Semalam, ahad 9 hb Disember 2007, di sebuah kawasan perumahan flat kos rendah ayah sekali lagi berjaya menyelesaikan misi membantu masyarakatnya. Program sunathon dan pemeriksaan kesihatan ini di jalankan di apatment di Petaling Jaya. Seramai 56 kanak-kanak disunatkan. Program bermula dari awal pagi dengan diiringi kompang dan bunga manggar. Setelah kanak-kanak disembur air dari pili bomba bermulalah sesi sunathon. Seramai 3 orang doktor dan 7-8 org pembantu perubatan dari Hospital Ampang mengambil bahagian. Dari pagi hingga hampir jam 5 petang barulah tugasan mereka selesai. Apa yang membezakan program ini dari yang lain ialah ia dianjurkan oleh ISMA bersama penduduk setempat dengan tujuan mengurangkan beban penduduk yang rata-rata dari golongan berpendapatan rendah seperti pengawal keselamatan, pekerja kilang dan pemandu.

Tahniah buat abang, doktor serta MA lain yang bertugas secara ikhlas tanpa mengharap sebarang upah..Itulah kerja amal mereka. Penduduk setempat nampaknya sangat menghargai susah payah mereka yang terlibat. Tanda terima kaseh jelas terbayang di wajah mereka yang tak putus mengucapkan ribuan terima kaseh kepada ISMA. Selain itu acara mewarna turut diadakan. Kanak-kanak di apartment tersebut sungguh gembira kerana berpeluang mendapat pensil warna percuma walau pun tidak menang. Pemeriksaan kesihatan yang dilakukan sungguh memuaskan hati. Mereka turut diberi ubatan percuma sekadar yang termampu dibiaya ISMA. Rata-rata ibu-ibu sangat mengharapkan pemeriksaan payu dara dan dua kes ketumbuhan dapat dikesan semalam sewaktu saya menjalankan pemeriksaan. Nasihat dan cadangan rujukan telah dibuat. Diharap doktor yang dihubungi dapat memberi kerjasama kepada penduduk yang kurang berkemampuan ini.

Tahniah buat ayah. I m proud of you abang, not many people are willing to spend their time and sweat for free but you did it and I pray that Allah will reward you with Jannah. I still remember when abang called a doctor few days back, he asked how much was the charges, but when ayah mentioned that it is kebajikan work...he was not keen. Tak pe lah bang, kerja percuma di dunia tak ramai yang mau. The same goes when trying to get financial assistant, not many people are keen to donate, al maklumlah bukan semua boleh ditolak income tax. Tak pelah abang masih ramai diluar sana yang sudi membantu.

Berdasarkan charge peralatan yang dikenakan iaitu RM 50 untuk cara lama dan RM 90 untuk cara sunat Smartclamp, ayah and his team berjaya menjimatkan wang dari di keluarkan oleh mereka sekitar 5000-6000 Rm, memandangkan charge di klinik berkisar antara 150 -250 RM.

So ayah and his team had succesfully conducted 3 sessions of sunathon sepanjang cuti sekolah ni dan insyaAllah after raya another sunathon di Acheh.

JazakAllah ayah and ISMA. May Allah give you strength and patience always.

No comments:

lb3f.lilypie.com/TikiBlogger.php/3Ta5