Friday, December 14, 2007

Nostalgia

Sebenarnya dah lama aku plan nak coretkan tentang kisah dolu-dolu, apa yang dah aku lalui dalam hidup ni. Al maklumlah umur dah nak jadi 40. Kot kot neurons di kepala aku ni tak tahan lama tak sempat pulak aku nak menostalgiakan kisah dolu-dolu. Ait ibarat biografi. Ai ina naim yang muda pun dah ada biografi so rasanya tak salah la aku memblogkan jugak perjalanan hidu aku nih. I will write in random , what ever comes first in mind I ll type. Hope anak-anak aku dapat jugak tau sejarah aku. Manelah tau lagi seratus tahun ade pulak generasi ke 4 atau ke 5 yang nak tau sejarah nenek..eh opah depa ..kih kih..


I was born di Kepala Batas Kedah di sebuah pengkalan tentera di sana pada sekian tarikh. Ayah was not around as he was in Serawak. Mak kata masa ayah pergi mak dah nak beranak sangat. Mak baru umur 23 tahun. Anak mak dah 3 orang. Rasanye tok eshah ada masa mak beranak. Orang sohih bukan anak angkat..kih..kih sebab mak beranak kat rumah. Bidan yang sambut tu Cina. Mak kata bidan tu kata..'cantiknya kening...' lebih kurang camtu kot. Mak kata kening aku ni macam dipantis dari kecik. amboi...kira original la tu..Tak tau pulak berat dan panjang orang masa lahir sebab tak de rekod. So membesar lah orang di bela oleh mak. Yelah masa tu mana ada maid nak subside kan jaga anak. Camne ek jaga anak umur muda-muda anak dah ramai. kalau orang rasanye pitam kot. Anyway mak said ayah was not around until I was about a year. Bila ayah balik dia tanya sapa nih, mak kata anak kita lah. Kesian orang deprived of ayah's love for one year....sob...sob

stop
Orang tak ingat sangat peristiwa before masuk sekolah. Sedar-sedar dah duduk di Sungai Besi dekat kem askar. Waktu tu sekitar 5 tahun. Rumah teres setingkat. Depan tu ada padang tempat bebudak main walhal tempat tu area askar berlatih. Once, jari aku terkena pisau semasa menyibuk tengok abang jaie buat menda tah. Aku ingat pi klinik naik motor vespa
pakcik sebelah rumah.
Entah bila pulak pindahnya tiba-tiba aku dah tinggal di flat Sg.Besi tingkat tiga kalau tak silap. Flat ni depannya mengadap jalan ke pasar Sg.Besi dan belakangnya nampak area Kg. Selamat. Masa tu rumah ada TV hitam putih. Kartun yang aku ingat Felix the cat. Lain-lain program seperti potret pekerti. Mak quite strict pasal anak-anak. Selalunya from lunch time to asar kena duduk dalam rumah. mak selalunya tidur dan kitorang main le apa yang patut. Selalunya kena tidur atau duduk diam dalam bilik. Masa ni aku 6 tahun. Mak hantar aku gi tadika jalan kaki. Jaraknya tak sejauh mana tapi masa kecik semuanya rasa jauh. Kalaula aku kenal lagi member masa tadika best jugak. Tak tau lah apa yang diajar masa tu, tapi takdela reti membaca pun macam budak sekarang ni.
197..aku masuk darjah satu. Aku ingat masa tu mak beli beg kotak. Memang time tu semua orang pakai beg kotak. Sepatutnya simpan beg tu biar jadi antik. Cantik betul. Bebudak sekarang tak boleh pakai beg macam tu sebab buku depa lebih berat dari badan ...kih..kih..pecah terbarai le alamatnya. Seronok sungguh nak masuk sekolah. Pakai pinafor biru dan baju putih. Berlari laju aku ke depan dari mak. Terbayang lagi...Tak silapnya aku masuk 1 merah di Sek. kebangsaan Sg. Besi.
Ayah masih berpangkat prebet walau pun disaat penghujung kariernya dalam ATM. Bukan rezki ayah untuk naik pangkat. Ayah lurus rasa orang. Bukan lurus bendul sebab ayah terror matematik menurut emak. Ayah baik dan rasanya tak tau bermuka-muka. Tentu ada hikmah disebaliknya. Walau pun ayah prebet tapi aku mewah coklat. Seingatnya setiap kali ayah balik dari kerja ada je jajan untuk aku iatu sekotak kismis atau pun coklat Van Houten. Coklat dulu tk macam sekarang seda sungguh. Ayah tak ada motor. Kemana-mana ayah nak bawa aku, dia letak kain batik diseat belakang basikal supaya aku tak sakit ponggong. rihatinnya ayah sampai ke situ. Bila naik basikal ayah akan suruh pegang kuat pinggangnya takut jatuh.

No comments:

lb3f.lilypie.com/TikiBlogger.php/3Ta5