Saturday, December 15, 2007

Nostalgia 2

1975 ayah menamatkan khidmat 20 tahunnya di ATM. Ayah nak masuk felda. Aku tak ingat sangat sedar-sedar dah dalam perjalanan ke felda. Tak tau pun dimana pahang. Jalannya sungguh berliku-liku seperti ulad di pukul. Sesampainya di Koyan bermulalah fasa baru dalam hidup. Seingat aku mak menangis tengok keadaan rumah yang semak samun dengan pokok dan batang balak. Felda Sg. Koyan 2 tak ade letrik. dari cara hidup di bandar jadilah kami orang kampung di Koyan. Sedikit demi sedikit semak samun ayah dan mak kemas. Yang orang ingat tok eshah duduk bersila ditanah tolong cabut akar lalang. Rajin sungguh tok. Ayah buat reban dibelakang rumah dan bela ayam. Mak tanam pokok betik keliling rumah. Macam-macam pokok yang ada. tahun tu jugak mak beranak Izham di hospital Raub. Mak darah tinggi, mungkin pre-eclampsia sebab mak baru 30 tahun masa tu dan tak de chronic hypertension. Seronok rasanya duduk di Koyan almaklumlah bebudak ni flexible kepada perubahan sekitar. Aku msuk darjah 1 di Sek. Rendah Kebangsaan Sg. Koyan dekat denagn Koyan 1. Yang aku ingat aku sekolah petang. First day sekolah ayah lambat ambil dan aku ni pulak jalan kaki dari koyan 1 ke rumah. Alhamdulillah masa tu tak ramai orang sewel yang suka abuse budak. walau pun menangis aku sampai jugak le ke rumah. Selepas dari tu kitorang pun dah tau jalan short cut ke sekolah. Merentas semak-samun dan batang balak menyeberang sungi kecik. rasanya kalau anak aku sekarang ni tak merasa le depa. Aku sure tak lepasnye. Eee kalu jatuh dari kayu tu memangle.

Dari darjah satu sampai darjah empat aku bersekolah di Koyan. Every year aku dikelas pertama. OK la kiranye. Beberapa achievement aku termasukle menang tempat pertama membuat corak waktu darjah satu. Aku ingat aku dapat gelas 6 biji. Selalunya masa kelas seni hasil tangan aku cikgu akan ambil dan buat sebagai contoh di depan kelas.Memang adik beradik aku ada inclination towards art. Waktu kelas tak cukup kitorang belajar di bangunan yang dibuat dari buluh dan pelepah kelapa. Walau pun dalam keadaan daif tu aku ingat kerja sekolah aku memang kemas dan up date especially math. kalau Muaz tengok sure nangisnye...kih..kih sorry abang. Mama tau kerja abang dah banyak improve. Pergi sekolah mak bagi 10 sen. Selalunya aku bawak bekal. Masa tu di sebelah rumah kitorang ada rumah yang didiami askar. Askar askar ni bertanggung jawab menjaga penduduk felda yang rata-ratanya bekas askar. Time tu komunis masih ada. So mungkin itu cara nak mengelakkan perkara yang diingini seperti culik atau ambush. Yang bestnya bila ada askar ada ration askar. Ration askar tu ialah makanan askar dalam tin seperti kari daging , kacang pis hijau, jem dan biskut. Aku selalu lepak kat tmpat askar tu. So banyak jugak ration yang aku dapat. Balik rumah aku bagi mak dan mak masak la. Tukar resepi jadi daging kicap dan lain-lain.

stop

No comments:

lb3f.lilypie.com/TikiBlogger.php/3Ta5