Wednesday, September 28, 2022

September 2022

 Alhamdulillah tinggal beberapa hari lagi saya akan menyambut anniversary persaraan. Setahun yang berlalu amat disyukuri kerana Allah memberi ruang dan peluang yang memang saya impikan selama ini. Setelah hampir 27 tahun hidup, belajar di sana sini demi sebuah kehidupan. 27 tahun seterusnya berkerja, berkeluarga. Pergi pagi balik petang dan juga malam, akhirnya Allah izinkan saya memikul jawatan baru. Alhamdulilah.

Peralihan fasa kerja di luar rumah kepada kerja rumah tidak begitu sukar. Kerana kita yang memilihnya dengan izin Allah. Tiada lagi menunggu hujung bulan untuk cucuk ATM, sekarang tunggu big boss bank in setiap bulan untuk kesinambungan dapur berasap. Alhamdulillah. masih berterusan rezki yang Allah beri. Juga masih ada rezeki Bonda dengan izin Suami tercinta. Masih boleh beli ubat Bonda jika perlu.

Alhamdulillah juga, hero nombor 1 sudah tiga bulan berusaha menyara diri. Kuat semangat hero mama meneroka dunia dewasa yang pasti tidak mudah namun realiti kehidupan siapa yang mampu menidaknya. Jika Allah sudah susun, maka berdamailah dengan takdir. pasir Gudang, moga kalian melayan hero ku dengan baik. 

Alhamdulillah juga darling nombor 2, mama sudah mendapat tawaran untuk berbakti di bumi Pahang insyallah. Kunci untuk gembira dan tenang adalah bersyukur dan buat terbaik. Rezeki kakak dekat dengan mama. Moga kakak bersemangat walau pun tidak bertugas di bawah KKM. Di mana mana pun kita buat yang terbaik. InsyaAllah selesai Master boleh terus kerja.

Alhamdulillah darling no.3 juga sudah hampir ke penghujung degree. Bersemangat waja kak mun menyelesaikan tugasan yang banyak dan mengadap kerenah bos bos yang ramai. Insyallah pengalaman dan ilmu yang diperolehi dapat bantu kakmun jadi lebih baik sewaktu benar benar berkerja kemudian. Terima kasih sahabat ku Ita. Alangkah bagusnya jika kakmun juga dapat tempat berkerjaya di Kuantan. Double joy for us.

Alhamdulillah juga hero, no 4 sudah memulakan orientasi di bumi Jerman. Belajar lah bersungguh sungguh ya Muneer. Amanah besar bila kita ke luar negara dengan tajaan, walaupun PBU. Paling kritikal menjaga iman dan adab. Mama sedar besar sangat ujian, namun kita diberi akal untuk mengambil yang baik dan meninggalkan yang buruk. Augsburg Hoschule University of Applied Science people, please be kind to my son and all your new graduands. 

Alhamdulillah my little gal is also doing well in all aspects, healthwise and in life. She has improved tremendously in her attitude towards her math subject. She reads the Quran way better than before, and she does not need many prompts to pray. 

Hidup ini jika mahu tenang, perlu mengingatkan diri betapa banyaknya nikmat Allah berbanding ujian. banyak, terlalu banyak ibarat pasir di pantai. 

No comments:

lb3f.lilypie.com/TikiBlogger.php/3Ta5