September 2022
Alhamdulillah tinggal beberapa hari lagi saya akan menyambut anniversary persaraan. Setahun yang berlalu amat disyukuri kerana Allah memberi ruang dan peluang yang memang saya impikan selama ini. Setelah hampir 27 tahun hidup, belajar di sana sini demi sebuah kehidupan. 27 tahun seterusnya berkerja, berkeluarga. Pergi pagi balik petang dan juga malam, akhirnya Allah izinkan saya memikul jawatan baru. Alhamdulilah. Peralihan fasa kerja di luar rumah kepada kerja rumah tidak begitu sukar. Kerana kita yang memilihnya dengan izin Allah. Tiada lagi menunggu hujung bulan untuk cucuk ATM, sekarang tunggu big boss bank in setiap bulan untuk kesinambungan dapur berasap. Alhamdulillah. masih berterusan rezki yang Allah beri. Juga masih ada rezeki Bonda dengan izin Suami tercinta. Masih boleh beli ubat Bonda jika perlu. Alhamdulillah juga, hero nombor 1 sudah tiga bulan berusaha menyara diri. Kuat semangat hero mama meneroka dunia dewasa yang pasti tidak mudah namun realiti kehidupan siapa y...