Sunday, June 23, 2013

Bila 'alam dikhianati'..

Seawal pagi bersiap untuk ke kulliyyah bagi memastikan kelancaran peperiksaan akhir blok 4 pelajar tahun dua, tiba-tiba panggilan dari ketua jabatan mengubah pelan cantik yang tersusun sejak berminggu lalu. Segala-galanya kerana jerebu yang makin menebal di bandar Kuantan ini...Bagi pelajar yang terlibat, mungkin satu rahmat. Dapat menambah satu hari lagi untuk mengulangkaji. Yang pastinya masa untuk memeriksa kertas jawapan sudah berkurang selama 24 jam...dan ini bukan satu perkara yang 'bagus' kerana berdasarkan markah peperiksaan blok 4 ini mungkin saja ada pelajar yang terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada kawan lain kerana tidak layak untuk melepaskan kaki ke dunia klinikal...

Yang pastinya masalah jerebu ini sudah jadi acara tahunan seperti juga bencana banjir dan sewaktu dengannya. Gara-gara pembakaran terbuka di negara jiran, kita dapat juga merasa akibatnya...Mudah sekali menuding jari, walhal pemegang saham tanah pertanian di sana juga ada melibatkan orang negara kita...Mungkin kita ingat tidak mengapalah berbuat sesuka hati di negara orang, namun bala nya sampai ke sini juga..Mudah jika mahu di nilai dari aspek kehidupan dunia, namun yang pasti setiap yang Allah turunkan itu bersebab, dan bukan sia-sia...Moga Allah ampuni kita semua kerana rakusnya kita mengkhianati bumi sendiri... Moga anak cucu kita berkesempatan merasa nikmatnya hidup di bumi Allah ini..Moga bacaan IPU makin pulih..Moga esok peperiksaan dapat diteruskan..In syaa Allah


No comments:

lb3f.lilypie.com/TikiBlogger.php/3Ta5