Sebenarnya boleh je buat tajuk reminders kepada pelajar u..tapi ye lah kadang-kadang tu kalau general sangat susah nak terasa..Since dulu pun belajar medik, jadi rasanya kalau cakap pun depa boleh timbang-timbangkan kalau pun tak terima sepenuhnya.
1. Buku teks: Pertama-tamanya rajin-rajinlah membaca buku teks..Sebelum nak baca kenalah beli. Janganlah berkira sangat nak beli buku teks. Mintak tolong mak ayah belikan atau guna duit scholar or BRIM. nanti dapat resitnye bagilah kat parents untuk tolak income tax. I cant understand if medical students do not have text book. masa kita belajar dulu..(ha ha mula lah nak compare zaman dulu-dulu. Mestilah sebab kalau orang dulu boleh buat budak zaman serba cangih ni mestilah lagi boleh). Masa dulu setiap kali balik malaysia mesti cari sebanyak-banyak buku teks, terutamanya keluaran ELBS..cheaper version..Masa tu tak berapa gemarlah pakai buku photocopy, rasa macam tak best kalau study. Buku teks saya memang fully used. Setiap kali baca mesti guna highlighter, so by the end of the year mesti dah warna warni text book tu sebab diulang-ulang baca..Rasa sangat puas bila tengok buku teks yang berwarna-warni tu. Setiap kali ulang kaji contohnye nak belajar anatomy, atlas mesti dibuka sama. Memang tak boleh duk kat meja sebab buku keliling kita. Masa tu menyewa rumah dengan kawan-kawan, seorang sebilik so boleh menyepahkan bilik sesuka hati. Masa dah kawin pun buat satu bilik study. Buku-buku teks saya semua jadi buruk sebab diguna berulang kali, dilipat-lipat sesuka hati.
2. Nota: Kebanyakan lecturer tak bagi nota masa tu, so memang kena salin masa lecturer megajar, dan oleh kerana kita bukan native speaker memang akan ada yang tertinggal-tinggal. Waktu lunch, kami akan cepat-cepatkan isikan ruang-ruang kosong yang tertinggal bersama-sama (masa tu budak perempuan melayu ada dalam 10 orang kot). Untuk nota saya, saya memang tinggalkan ruang selebar 2 inci di sebelah kanan. balik rumah saya akan bukak buku teks dan tambah sendiri hasil pembacaan saya. Oleh kerana nota saya selalunya di 'touch-up' budak lelaki suka nak pinjam and photocopy..biaselah kan..takpe most of them now pakar di merata hospital di malaysia..:). Budak sekarang ni rasanye (speculating lah ni) banyak bergantung kepada nota semata-mata. Bukan lah semua tapi kebanyakan nya. So jika betul harap-harap dapat lah perbaiki cara belajar anda.
3. Takde masa:..ha ha..mungkin ada yang menggunakan alasan ini. So saya pun selalulah mengulang-ngulang kepada anak-anak ini bahawa saya dulu bukan duduk di asrama seperti mereka. Duduk menyewa bersama rakan-rakan. setiap hari ke uni menaiki bas awam (yang sangat efficient), setiap hari bergilir masak untuk makan malam ( makan tengah haru dan break fast sendiri-sendiri, selalunya sandwich). basuh kain memang lah dengan mesin. Ke pasar di hujung minggu. Bergilir mencuci tandas dan mengemas ruang bersama seperti dapur. tak de kedai nasi campur etc.. So kalau mereka masih komplen tak cukup masa memang lah tak sesuai...
4. Belajar dan fokus: bagai mana saya fokus?Pertamanye di meja saya sentiasa ada gambar mak-ayah saya. Jadi pencetus motivasi yang sangat berkesan. Tambahan pula kebanyakan parents kami dahulu memang orang susah..penoreh getah, jaga, pesawah, pekerja kontrak etc..Cukup dengan mengingatkan kesusahan mereka kita jadi sangat teruja untuk belajar. Walaupun kami punya bilik yang selesa, saya selalu bersendirian ke bilik belajar atau perpustakaan university (bersusah payah mengejar bas) pada hujung minggu selalunye sampai ke petang kerana takut tidak fokus jika di bilik. Waktu belajar adalah hampir setiap masa..sehingga adakalanye jika mahu menonton TV pun, nota ringkas masih ditangan, kerana ada rasa 'bersalah' jika tidak belajar. Ada seorang kawan saya yang lagi 'gila belajar', nota memang hampir setiap masa di tangan nye, hatta semasa di dalam bas. memang beliau cemerlang dan termasuk di kalangan pelajar yang mendapat viva distinction di tahun akhir pembelajaran (among the many australian)..Alhamdulillah sekarang pakar kanak-kanak berjaya di KL.
5. Pelbagaikan kaedah belajar: mnemonic..saya dapati ramai pelajar yang menggunakan kaedah ini..Baguslah tu cuma jangan sekadar ingat mnemonicnye tapi tak ingat detail. Selalu lihat mnemonic ditulis di kertas jawapan tapi tak boleh elaborate..kecian. Gambar/ flow chart: saya suka melukis bila belajar anatomy contohnya brachial plexus, kitaran enzim dalam biochemistry dan menampalnya di dinding. sambil baring pun boleh terlihat dan diulang-ulang selalu. Saya juga menulis semula nota dengan cara merangka-rangka soaln yang mungkin ditanya. Setelah selesai boleh dibanding dengan nota yang ada. Oleh kerana sistem pembelajaran dahulu adalah sistem tradisional dimana setiap subjek mempunyai kertas berasingan, maka beban untuk dihafal adalah lebih besar dan soalan nya adalah lebih detail...Jangan belajar last minute kerana terlalu banyak bahan yang perlu dihadam, di faham, dihafal..
Begitulah lebih kurang yang dapat dikongsikan buat anak-anak yang nak ambil medik. memang banyak dan susah tapi dah ramai yang lepas, bukan sebab cerdik sangat tapi pulun masa belajar. kelebihannya belajar dahulu kala ialah takda distraction yang amat sangat seperti sekarang. So sesiapa yang dapat offer buat medik nanti berazam lah dari awal anda tidak mensia-siakan peluang yang diberi terutamanya yang mendapat tempat di IPTA atau biasiswa kerana ianya adalah satu anugerah yang sangat bernilai dan hargai lah ia. jangan bila masuk belajar nanti jadi kaki ponteng dan yang sewaktu dengannya. Moga Allah permudahkan laluan kerjaya anda semua.
No comments:
Post a Comment