Listen
Bila semua nak bercakap, siapa nak dengar? pelbagai komen, saranan, carutan keluar kesan dari video listen,listen, listen. Secara umum simpati tertumpah kepada si pelajar. Pastinya, beliau diaibkan di depan ramai orang. Tapi kini dia wira. Jika saya ditempat si pelajar pastinya saya bersikap begitu. Seorang pelajar law sudah pasti terlatih berbicara dengan lantang dan yakin mengeluarkan ide. Beliau seorang yang berani mengambil risiko. Tapi keberaniannya disekat. Tapi jika saya di tempat si pengacara mungkin saya juga bertindak yang sama. Suara lantang anak muda kelihatannya seperti kurang ajar dan biadap. Anak anak saya tau tentang ini. Ianya mungkinbukancara terbaikmembesarkan anak tapi saya masih beranggapan kita boleh menyuarakan pendapat yang bernas tanpa intonasi suara yang provokatif....anak anak kita memang perlu berani tapi lebih cantik jika keberanian itu dikembarkan bersama rasa hormat pada yang lebih tua
Comments