Sunday, January 27, 2013

KH1

Maka berbondong-bondonglah manusia ke masjid negeri pagi ini. Termasuklah kami berdua, me and DH. Sewaktu kami tiba telah ramai yang mengambil tempat di dalam masjid. Kami mengisi borang, berbaris bersama yang lain, membuat bayaran RM50, sempat berdhuha sebelum duduk bersama yang lain mendengar mukadimah kursus haji yang pertama. Rasa hati berbunga bila sudah mula menapak ke tahap ini. Walaupun kepastian pergi ke sana hanya di atas kertas, Tuhan insyaAllah memakbulkan hajat yang satu ini. Cuba mengkhusuk kan diri mendengar kata-kata ustaz Zawawi. Tak sangka ustaz yang mengajar di MRSM bermula pada 1985 rupanya bertemu semula di masjid negeri selepas hampir 30 tahun. Banyak pengalaman beliau, berkongsi cerita dan ilmu, sesekali disulam jenaka. Cuba menggambarkan keadaan di sana. Banyak pengorbanan yang beliau tekankan, segala kesukaran fizikal yang bakal ditempuhi sama seperti yang dikhabarkan oleh saudara dan sahabat terdahulu. Sesekali mendengar bualan tetamu lain dibelakang, kuat mengulas bicara ustaz, rasa jengkel dalam hati, tapi segera beringat keperluan berfikiran positif dan sabar. Tetamu muasasah khabar beliau perlu berjalan sekitar 750 ke 1200 meter dari hotel ke masjid. Perlu kuat dan sihatkan fizikal. Kursus bermula Januari insyaAllah berakhir di bulan may...Moga tidak ponteng..

No comments:

lb3f.lilypie.com/TikiBlogger.php/3Ta5