Brisk Walking
Pagi ini berjaya jalan 10000 tapak di Taman Bandar. Alhamdulillah. di hujung perjalanan kaki kanan melecet sikit. Paksa diri untuk terus berjalan selagi mampu. Banyak kebaikan berjalan, walau tidak selaju orang lain kerana kita berbeza. Buat lah seuatu untuk diri sendiri, bukan beradu dengan sesiapa. Jika buat secara konsisten, badan mula beradaptasi untuk menyediakan tubuh dengan keperluan fizikal yang bertambah. Semoga ada penambah baikan pada fungsi jantung, otot dan seluruh anggota lain. Bagus sebenarnya berjalan ni. Senaman yang tak perlu skill beria, persediaan tempat khusus atau teknik tertentu. Berjalan santai membantu melegakan fikiran dari over thinking, mewujudkan rasa gembira serta mengurangkan gundah atas isu kehidupan. Semoga Allah terus beri kesihatan tubuh dan minda. Aminn
Comments