Tuesday, January 1, 2013

01012013

Awal 2013 dimulai dengan 'rombongan' ke SMAAM menghantar kak munirah ke sekolah. Penuh parking dan padang dengan kenderaan ibubapa yang mendaftarkan anak-anak ke tingkatan 1-5. Menurut cikgu di sekolah persaingan menempatkan diri ke sekolah aliran agama ini makin sengit. Berapa ramai yang kecewa kerana anak-anak tidak dapat menyertai sekolah-sekolah ini. Walau pun secara nilaian GPS, sekolah-sekolah agama masih terkebelakang dari sekolah aliran nasional, ramai ibubapa sedar yang anak-anak ini memerlukan lebih dari apa yang dapat ditawarkan di sekolah aliran nasional. Kesedaran terhadap keperluan agama dalam hidup memang semakin memuncak kebelakangan ini. Lihat sahaja penghijrahan artis yang dulunya seolah lupa tentang kematian sekarang ramai telah kembali kepada fitrah bahawa manusia tidak menjunjung dunia, kematian adalah pasti dan sedar bekalan yang sedia ada tidak mungkin dapat menjadikan perjalanan di dunia sana amat sukar... Saya masih percaya bahawa hak anak-anak islam di Malaysia tidak 'ditunaikan' secara menyeluruh. Pendidkan Al-Quran masih sekadar tempelan kelas petang atau sambil-sambil mengikut kesesuaian ibubapa sedang 'mata-pelajaran' lain dijunjung. Saya berdoa semoga ada pihak di atas sana yang akan mengadaptasi sistem pendidikan Islam secara menyeluruh. Biar anak cucu cicit di masa akan datang tidak lagi memandang keperluan fardu ain sebagai ilmu penghujung umur yang dipelajari tatkala bilangan neuron makin kurang serta deria sudah kurang berfungsi...Moga hasrat saya jadi kenyataan sebelum menutup mata. Islam tidak boleh diambil sekerat-sekerat celop-celop...Moga perjalan 2013 dipermudahkan Allah, diberi kesabaran menghadapi cabaran mendatang, moga makin kuat dengan azam memperbaiki diri dan amal. Allahumma yassir..

No comments:

lb3f.lilypie.com/TikiBlogger.php/3Ta5