Tuesday, February 14, 2012

Ala dondang sayang..

Ala dondang sayang..orang tak bermaid..ki ki ki. Such a big deal pada orang yang dah biasa bermaid, pada orang yang tak pernah pakai maid, so what..hidup jugak. Yelah lain rumah lain menu nya..lain orang lain keperluannya. So for the last 48 hours..kerja bertambah tapi pikiran lega. Maybe sebab kurang dosa dari berleter dgn maid. I m either too petty or memang last maid to hampeh..Biasalah bila umur meningkat maybe epectation meningkat so there was no luck for me with the last two...Jika diimbas kembali..

Ewah, siapakah mereka yang pernah berbakti kepada ku...first anak, mak wa kat Kg Baru yang bela. I gave her RM300 monthly sebab bila oncall dua-dua, muaz tidor kat rumah makwa, masa tu pun dok kat kuarters HKL je...sonang nak pi keje..

Then bila dah pindah Kenari di Taman Melati baru ambik first bibik tua yang ada IC biru , nama tak ingat..tah macam mana dia dapat, gaji 600 wehh..banyak tu tahun 1997. Bibik ni mata pun dah KO, ulat dalam botol kicap pun tak perasan. Dia jaga muaz je. Masa ni still on call kat HKL.

Later kda pinjamkan kak rumi bila pindah Bkt Mendi, maybe around 6 months jugak kot...Lepas tu no maid masa Muaz and sarah kecik. Masa tu hantar depa kat rumah Pak Hassan and mak Piah yang baik hati...bela macam cucu sendiri.

Then moved to Kuantan Augus 1998. No maid sampailah pindah ke kuarters HTAA. Tapi sapa jaga budak berdua tu ye..tak ingat. Before beranak ke 3, ambil maid di Season Agency RM4000+ masa tu. Marinah, OK lembut je..After 2 tahun dia balik.

Then ambil Ade pulak di Season Agency jugak RM4000+. Tak lama ambil Ade, Muneer pun lahir..So dia jaga muneer 1, munirah 4, sarah 6 and muaz 8..Ade berkhidmat 3 tahun..Sempatlah pindah ke Bukit Setongkol..

From 2002-2006 Etik rosilawati..sikit punya glamour nama..Kerja Ok, tapi bila pindah Kl buat hal la jugak..nak pegi berurut lah ..ikut member la..Tak bagi payah, bagi pun payah.

From 2007 sampai 2010 Tiah pulak..yang ni paling Ok, kerja bagus, attitude pun OK..Tiah sempat tolong masa baru lepas bersalin Maryam..Nak balik pun dia sempat lagi prepare some samosa untuk jamu member yang datang melawat..

Selepas dari itu zaman kegelapan bermaid pun bermula...Before Tiah balik dah sampai pun maid yang baru..the first 24 hour dia tido kat bilik..Apa hal? pening kepala. Ingat kan jet lag...Ada ke jet lag dari indon ni..Kita check BP dia..mak ai tinggi nya 190/110..Apa ke halnya, kita ambik maid nak tolong kita, yang datang tengah severe hypertension. DH pun tolong bawa ke hospital dan memang pun BP high. Berbekal kan ubat dari HTAA maid ni dihantar pulang dalam masa 48 jam..

Next 1 /12 si rusnah pulak tiba..mak oi seksinya..But takpa, pakaian boleh diselia..So sepanjang unpaid leave hingga start kerja semula in November, rusnah janda muda belia ni macam OK, walau pun leput..tapi once everyone dah takde kat rumah..DH ke KL, sarah and muaz di JB..rupa-rupanya dia bergayut telefon pulak..Bila di siasat tak ngaku pulak tu..Bila dah perambat pi agent semula, bil pun sampai..Phew..RM400..dan terjumpa pulak diari dia yang penuh cerita..mmmm ..

So selepas dua maid yang hampeh ni rasa jeran jugak lah..RM6000 dah terbang. After 6 month datang lah offer of this supposed to be good maid with 12 years experience. RM7000+ terbang. She demanded RM600 and to allow her touse the phone. Initially i was 'mesmerized' by her ability..maybe sebab desperado kot dengan baby kecik, apa apa pun terima..tapi selepas 6 bulan....OK lah tu cerita dah complete..

So begitulah perjalanan seorang houseman kepada MO kepada lecturer kepada master holder and now PhD holder..ki ki ki..yang beranak pinak seramai lima orang dari umur 27 sampai 44 tahun. Perjuangan nak besarkan anak-anak rasanya lagi berliku dari nak dapat PhD....Terima kasih lah kepada pembantu rumah yang dah berjasa..kepada yang tak tu..C U in court..:) So what s next regarding maid..kalau tanya sekarang rasanya jeran dah nak bermaid..Tapi tu lah kan akan datang Tuhan je yang tahu...Wallahua'lam..

No comments:

lb3f.lilypie.com/TikiBlogger.php/3Ta5