Tuesday, August 23, 2011

Mati di panah petir?

How To Avoid Lightning Strikes
By , About.com Guide
dan emedicine; Medscape http://emedicine.medscape.com/article/433084-overview#a0112

  1. Cari tempat perlindungan bersesuaian dari mula ribut petir sehingga 30 minit selepas ianya beredar. Anda tidak 'selamat' sepenuhnya selagi ribut petir (thunderstorm) masih berada di kawasan berhampiran anda walaupun anda lihat langit terang di tempat anda berdiri.
  2. Berlindung hanya di tempat yang selamat. Rumah/ bangunan yang bertutup penuh, bukannya bangsal, khemah atau ruang rehat terbuka. Kenderaan bertutup penuh/keras, bukan kenderaan separa seperti buggy di padang golf, tut tut?, kereta 'convertible' walau pun bumbung lembutnya ditutup, basikal atau motosikal. Pastikan tingkap kereta, tingkap bangunan/rumah di mana anda berada ditutup rapat.
  3. Semasa di dalam rumah janganlah anda beryak-yak ye kerana menyangka anda boleh bergumbira. Jauhi barangan elektrik yang disambung dan ON seperti telefon, palam elektrik, lampu, komputer, radio, paip air besi?..barangan kategori 'tidak-berwayar' bolehlah digunakan seperti laptop (tak sambung wayar lah), lampu picit atau mp3 player..tapi rasanya lah kalau dah ribut petir bagai nak rak,buat apa lagi berleka-leka ye dok. Elok juga ambik wuduk, baca quran..(Peringatan: Quran bukan untuk dibaca masa susah hati atau bermasalah, tapi hari-hari walau pun sebaris ayat..self reminder sebenarnya).Off je barang elektrik yang tak perlu tu. Jangan off fridge udah le nanti kang busuk pulak ikan. Dan jauhi jugaklah tingkap-tingkap atau frame pintu besi...
  4. Bagaimana pula jika anda dah memang berada di luar? Takda pilihan terbaik kecuali cari perlindungan di bangunan lengkap atau kenderaan bertutup penuh...Mungkin boleh ambil iktibar dari pepatah lama..sedia payung sebelum hujan...atau lebih tepat ''Dengar guruh di langit...duk diam-diam dalam rumah/ masjid /shopping mall etc..cuma tak best lah kalau kita stuck kat tempat-tempat yang lagho yedak, macam panggung wayang ke, pub ke..so in the first place tak payah pergi pun ok jugak
  5. Akhir sekali jika kita terlihat mangsa panahan petir, sila telefon 999 (betulkan kat Malaysia ni?).
  6. Antara kecederaan yang boleh berlaku:
    1. Komplikasi kardiopulmonari (jantung-paru paru)
      • Tekanan darah tinggi
      • Perubahan ECG
      • Kecederaan miokardium
      • Lemah jantung
      • Gangguan ritma jantung
      • Asistoli sementara
      • Fibrilasi atrium
      • Fibrilasi ventrikal
      • Tiada pernafasan
      • Kekurangan oksigen
    2. Komplikasi neurologi
      • Pitam/ 'confusion'
      • Lumpuh kaki atau seluruh badan
      • Lemah separuh badan
      • Koma
      • sawan
      • Pendarahan otak
    3. Komplikasi vaskular
      • ketakstabilan vasomotor
      • Pengecutan arteri
      • pengecutan/pengembangan salur darah
    4. Komplikasi dermatologi
      • Kulit/lapisan derma terbakar
    5. Komplakasi penglihatan
      • katarak
      • kecederaan kornea
      • iritis
      • kecederaan saraf optik
    6. Komplikasi Telinga
      • pecah gegendang telinga
      • hilang pendengaran sementara
    7. Komplikasi dalaman
      • kebocoran gaster
Jika tahap kecederaan serius ia boleh membawa MAUT: Kebanyakan kes kematian adalah akibat 'cardiac arrest'

Apa yang anda boleh lakukan?: CPR..tapi pastikan keadaan SELAMAT sebelum anda melakukan CPR...badan mangsa takde elektrik..kot kot ada yang risau kena renjatan elektrik bila pegang mangsa...

No comments:

lb3f.lilypie.com/TikiBlogger.php/3Ta5