Wednesday, April 6, 2011

Kenangan lalu.

Bila menjangkau ke usia 40an, kita mula merasakan bahawa perjalanan yang kita telah tempuhi selama ini tidak lah begitu lama lagi yang bersisa. Apa lagi yang tinggal kecuali gambar-gambar lama yang semakin pudar tapi masih segar dalam ingatan. Mungkin payah untuk dihadam oleh mereka yang baru menjangkau usia 20an. Di peringkat usia 20an, kita merasa bahawa laluan hidup itu masih panjang dan penuh warna-warni. Di sebaliknya di usia yang semakin menurun anak tangga ini banyak kenagan lalu yang mula rancak berputar dalam kotak fikiran. banyak yang manis dan tidak kurang juga yang payau. Dalam banyak fasa kehidupan, kenangan hidup di Adelaide melekat kuat dalam fikiran ini. mana tidaknya, hampir 6 tahun berkelanan di bumi kanggaroo. Tidak sama dengan lawatan singkat waktu bercuti..Sedikit coretan ini buat kenangan. Buat diri sendiri jika masih panjang usia ..juga buat anak-anak

masih lagi ku ingat rumah pertama kami di Young St Adelaide. 11 orang kami di tempatkan dirumah itu. Kehidupan sangat simple tapi menggembirakan. Giliran memasak, mencuci tandas, membeli barang dapur serta lauk-pauk diberi mengikut bilik kami. Kami di sana sekita 3 bulan sebelum akhirnya berpecah ke rumah berasingan. Rumah di Adelaide sangat cantik pada pandanganku. Indah berseni.

Rumah pertama di Young St. Bukan rumah yang kami diami dahulu. Tapi tidak begitu bebeza.

Rundle mall, laluan harian ke universiti

Kami melalui minggu orientasi tidak formal dibawah selian Ms vivien. Beberapa tempatyang kami lawati bersama-sama.

" Rocking horse" yang sangat besar.

menaiki tram ke pantai glenelg yang indah


Granite Island, Pulau batuan yang indah..


Kami ke sana menaiki kereta kuda..


Whispering wall...
Bila kita berbisik di satu bahagian, boleh kedengaran di sebelah yang lain

All in all I had great times during the first phase of our study. We completed the English Course at SAIT by end December 1988 before we proceed to The University of Adelaide in jan 1989.

I ve had my share of happines in my 20s. I hope my children will have their fair share later. Do study hard darlings. mama and ayah dont have that much money to let you experience the same thing that we had. If you work hard insyaallah you wii get the same oppurtunity either during study time or once you have work....Mama pray for you

2 comments:

Anonymous said...

kakda suka baca entri nor yang ni...kalau boleh ceritalah lagi kisah masa nor di adelaide dulu...mana nor pernah cerita kat kakda. masukkan what ever gambar lama yang nor ada...memang kakda suka nak tengok....:)

NBK said...

hi hi memang merancang nak tulis balik. tapi gambar gambar tu adalah gambar internet sbb dulu tak bergambar tapi mmg sama mcm di rasai dulu....kot panjang umur boleh bc masa dah tua..boleh senyum sendiri..:)

lb3f.lilypie.com/TikiBlogger.php/3Ta5