Innalilah..Pak Yob dah tak ada.
Hari ini aku dikejutkan dengan pemergian Pak Yob..pakcik saudara yang aku kenal dari kecil lagi. Semoga Allah tempatkan Pak Yob dikalangan hambaNya yang dikasihi. Semasa kecil kami tiada kereta. kami balik ke Jitra dengan keretapi. Alhamdulillah kerana tidak pernah dilempah kemewahan, trip ke sana walau pun sekadar bersila dilantai keretapi adalah masa yang menggembirakan. Di rumah pakyob aku dapat makan ketam rebus..itulah yang aku ingat sampai sekarang. Rasanya kami lebih selalu tidur di rumah pakyob dan anti jamilah berbanding kampung ayah atau rumah sedra yang lain. Itulah kenangan aku dengan pak Yob. Allah kurniakan pak yob dengan anak yang bertanggung jawab, terutamanya abang Kamal, seorang doktor yang pada aku seorang anak yang sangat bertanggung jawab. Rezki Pak Yob..harap-harap nye bila aku atau suami dah tua ada anak yang sanggup seperti itu menyumbang kasih menjaga kami. Amin
Comments