Sunday, April 26, 2009

Ke mana kita?

Banyak perkara yang 'menyedihkan' berlaku di sekitaran lately. Kalau pun tak terkena pada diri sendiri tapi masih dalam lingkungan yang dikenali..Membaca entry sama ada pada blog atau facebook orang orang yang dikenali ini kadang kadang menceriakan, kadang kadang menakutkan, kadang kadang melemaskan, kadang kadang menyesakkan dan kadang kadang menyedihkan..Tapi paling merisaukan jika kata kata yang diatur seolah olah menidakkan agama Allah Islam sebagai agama yang satu. Bila mana seolah olah agama di dunia semua sama rata, sama bagus. Bila mana ketinggian Muhammad sebagai Rasullallah terakhir menjadi samar samar dek susunan kata 'nan hebat'. Sementelah manusia sekarang sudah terlau 'pandai'..hingga perihal agama boleh diulas sedemikian rupa...Lebih menakutkan bila mana manusia manusia ini 'dibela' bila ada yang merasa terpanggil untuk menasihati..

Sayang sekali bila perkara berkaitan akidah diperkotak katik demi menjaga 'silaturahim'..Sedang niat kita tiada lain takut insan yang dikenali jauh terus 'terpesong' dari jalan yang satu...Tak mengapalah..usaha kita setakat termampu. Moga akhirnya hayat kita dalam pengakhiran yang baik...

2 comments:

Anonymous said...

Tak mau dah campur tangan, biarkanlah mereka dengan dunia mereka. Sekurang-kurangnya kita dah tak berdosa. Masing-masing punya akal fikiran dan bijak. Bukan nak tunjuk pandai tetapi lemas dan sesak nafas dibuatnya. Tiada yang rugi atau untungnya pada kita. Tujuannya hanya satu kerana mahu menegakkan syiar Islam. Allah swt maha mengetahui.

Kakda.

p/s jangan ada yang nak menyampuk pula kat sini.

NBK said...

burung jampuk...oooot ooooott

lb3f.lilypie.com/TikiBlogger.php/3Ta5