Wednesday, April 29, 2009

ALLAHU AKBAR!

Though bukan anak mama yang jadi pendebat ..I m still proud of these kids..Sekolah aliran ugama perlu tonjol diri untuk dapat tempat di mata masyarakat. Moga di tahun mendatang sekolah sekolah ini jadii pilihan seluruh ahli kasyarakat. Mog atarbiah yang diambil dapat jadi pemudah cara kepada Islam sebagai tonggak kehidupan. Biarlah kita yang dah jauh dari cara hidup islam ni tinggalkan yang terbaik buat anak anak meneruskan hidup dalam baiah solehah....Amin


intas Langsung Debat UIA (29 April 2009) PDF Cetak E-mail

11.45am. Allah hu akbar. Pasukan debat BM telah mendapat johan dan BI naib johan debat antara sekolah-sekolah seluruh Malaysia anjuran UIA. Johan mendapat hadiah RM 3,000.00 dan naib johan mendapat RM 2,000.00. Tahniah diucapkan kepada semua. Juri dalam debat BM memutuskan 6 menyokong SMIH dan 1 STAR. Juri debat BI pula 1 menyokong SMIH dan 6 menyokong SMK Greenroad, Kuching, Sarawak.

The 8th IIUM Interschool Debating Championship 2009
RMC, MCKK, MRSM Taiping, MRSM Pasir Putih, Maahad Hamidiah, KISAS, TKC semua berjaya dikalahkan oleh pendebat Sekolah Menengah Islam Hidayah SMIH!! Ya kita mampu melakukannya. Semoga kita akan terus cemerlang di persada Malaysia dan antarabangsa.

11.09am. Majlis sedang mendengar ucapan penutup oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah. Turut bersama memberi sokongan moral kepada pasukan debat SMIH ialah Pengetua SMIH, Puan Kamaliah Nordin dan suami. Pengerusi Musleh Ustaz Megat Mohd Amin juga turut serta memberikan sokongan moral kepada pasukan SMIH.

10.58am. Perdebatan telah selesai. Masa menunggu keputusan. Suasana di dewan agak cemas.

10.39am. Ketiga-tiga pihak kerajaan (SMIH) dan pembangkang (STAR) telah selesai berdebat. Sekarang sedang menunggu masa pengulungan yang akan dimulakan oleh pasukan STAR. Diberitakan prestasi agak seimbang. Suasana semakin cemas.
10.19am. Pendebat ke 2 sedang menyampaikan hujjahnya. SMIH lawan STAR Ipoh. Untuk makluman STAR Ipoh adalah sekolah berasrama penuh yang telah sekian lama terlibat dengan perdebatan terutamanya Piala Perdana Menteri dalam era 1970an dan 80an. Kumpulan pendebat BM SMIH terdiri dari

1. Eli Syazwani

2. Nur Iilyana Zakaria

3. Ilham Nasharudin

10.00am. Perdebatan final BM bermula. Pasukan SMIH di pihak kerajaan. Pedebat pertama sedang berhujah. Tajuk perdebatan Undang-undang Jawapan Kepada Masalah Moral. Turut hadir dlm majlis ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Mohon warga Hidayah terus mendoakan kejayaan pasukan SMIH.

9.00am. Semua peserta sudah mengambil tempat masuk di Dewan Besar UIA. Majjlis belum bermula.

Latarbelakang: SMIH telah menghantar 4 pasukan pendebat, masing-masing 2 kumpulan dalam BM dan BI. Setelah melalui berbagai peringkat perdebatan di UIA, akhirnya kedua-dua pasukan BM dan BI telah mara ke peringkat akhir. Ini merupakan sejarah dalam penganjuran debat UIA di mana bagi sebuah sekolah yang sama, kedua-dua pasukan BM dan BI mara ke peringkat akhir (Pembetulan: MCKK pernah mencapai kejayaan ini pada tahun 2005, namun kedua-duanya berakhir dengan naib johan). Terus doakan pasukan kita.

Antara sekolah ternama yang telah dikalahkan oleh pasukan SMIH ialah Tunku Kursiah College (TKC), KISAS (dulu KIK) dan beberapa sekolah MRSM ternama.

Final BI telah dilaksanakan pada malam tadi (selasa malam Rabu, 28 April 2009). SMIH melawan SMK Greenroad, Kuching, Sarawak. Keputusan belum diumumkan kerana akan diumumkan sekali dengan keputusan debat BM. Debat akhir BM akan dilangsungkan di Dewan Besar UIA pada jam 9.00 pagi. Pendebat-pendebat BI SMIH adalah

1. Amnah Ismail (Tk 5),
2. Nor Tasnim Razali (Tk 5),
3. Nor Athirah Kahar (Tk 4)
4. Nor Dalila Kahar (Tk 3) Simpanan,


And I heard pasukan bola sepak menang daerah Johor. Yang bestnya..depa sujud syukur everytime bola gol!!

No comments:

lb3f.lilypie.com/TikiBlogger.php/3Ta5