Tuesday, June 16, 2009
Innalilah..Pak Yob dah tak ada.
Hari ini aku dikejutkan dengan pemergian Pak Yob..pakcik saudara yang aku kenal dari kecil lagi. Semoga Allah tempatkan Pak Yob dikalangan hambaNya yang dikasihi. Semasa kecil kami tiada kereta. kami balik ke Jitra dengan keretapi. Alhamdulillah kerana tidak pernah dilempah kemewahan, trip ke sana walau pun sekadar bersila dilantai keretapi adalah masa yang menggembirakan. Di rumah pakyob aku dapat makan ketam rebus..itulah yang aku ingat sampai sekarang. Rasanya kami lebih selalu tidur di rumah pakyob dan anti jamilah berbanding kampung ayah atau rumah sedra yang lain. Itulah kenangan aku dengan pak Yob. Allah kurniakan pak yob dengan anak yang bertanggung jawab, terutamanya abang Kamal, seorang doktor yang pada aku seorang anak yang sangat bertanggung jawab. Rezki Pak Yob..harap-harap nye bila aku atau suami dah tua ada anak yang sanggup seperti itu menyumbang kasih menjaga kami. Amin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aqiqah Cucu Sulong
The celebrated ORK, tanggal 28/3/26. Dua ekor kambing ditunaikan oleh ayah OR, dan embah meraikan majlis yang dihadiri hampir 300 orang teta...
-
Pagi ini berjaya jalan 10000 tapak di Taman Bandar. Alhamdulillah. di hujung perjalanan kaki kanan melecet sikit. Paksa diri untuk terus be...
-
This is indeed a great milestone achieved. 20 years I looked forward to it. Got a samsungs3 for the hubby and made him bought me a nice ha...
No comments:
Post a Comment