Saturday, July 29, 2023

Snowball sakit

 Snowball makin kerap sakit kebelakangan ini. rasa sedih bila mengenangkan usia snowball yang telah tua jika dikira umur haiwan. Snowball bukan kucing yang terkurung, maka mudah dijankiti penyakit. Sudah dua hari snowball masuk wad. Snowball dapat jangkitan coronavirus yang teruk sehingga dehydrated dan perlu dapat bantuan drip. Moga Allah berikan kesembuhan untuk Snowball. sekeluarga bersedih dan susah hati akan nasib Snowball






Nebulised again

Siang dia bergembira dengan kawan kawannya, malam pergi bawa ambik nebuliser di SASMEC. Haih anak. Selepas hampir lapan tahun bebas nebuliser. Begitu lah hidup kita ini. Harus kuat dengan cabaran 



 

Monday, July 24, 2023

Muneer di Germany

 Sudah lebih satu tahun muneer merantau ke Germany. Dari April 2022. Insyallah tak lama lagi muneer akan tiba ke Malaysia bercuti. Moga perjalanan muneer Allah mudahkan

                                Augsburg-Aachen-Berlin-Merseburg










Saturday, April 8, 2023

Ramadhan 2023

 Minggu ni kedua dua muaz dan sarah balik. Sarah sempat berbuka dengan mama, muaz sempat bersahur je. Allah takdirkan kaki kak sarah terpelecok. Maka sambung cuti dan WFH insyallah. Allah beri keuntungan kita syukur. Allah beri ujian pun kita syukur. 



Tuesday, March 14, 2023

Alhamdulillah 2023

 Syukur Alhamdulillah, Allah masih beri peluang untuk aku bernafas di muka bumi Tuhan. Syukur banyak sangat rezeki dan kurniaan Allah untuk kami sekeluarga. Abang Muaz sudah selesai konvokesyen di DRB Hicom. Kak Sar dan Munirah juga sudah menyelesaikan pengajian serta majlis konvokesyen di UKM dan IIUM. Dah lebih sebulan the kakaks berkerja di KL. Moga baik baik di sana.

 

lb3f.lilypie.com/TikiBlogger.php/3Ta5